Isnin, 30 Jun 2008

Husam Musa lagiiiii




Husam Musa Pening Lalat

Hari ini semua orang bercakap mengenai kes liwat Dato Seri Anwar. Nik Aziz pun bercakap tetapi yang menarik ialah saranan Husam Musa agar 4 saksi dikemukakan dalam kes pertuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan.

Ini lah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir menolak hukum hudud tajaan Pas dahulu. . Mana nak cari empat saksi? Yang ada di tempat kejadian hanyalah dua orang iaitu mangsa dan pemangsa. Tak wujud orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.

Seandainya seorang perempuan diculik dan di perkosa di satu tempat sunyi , bagaimana dia nak mencari 4 saksi untuk membolehkan membuktikan bahawa dia sudah di perkosa . Oleh itu kenyataan Husam tidak boleh diambil kira.

Penggunaan 4 saksi ini hanya pada kes-kes tertentu, seperti satu kejadian zina, dan berita sudah tersebar maka pihak yang mendapat tahu perlulah membawa 4 saksi untuk menyaksikan dan membuktikan kes ada prima faci. Dan saksi itu pulak mesti memenuhi syarat-syarat yang telah di sebut dalam hukum. Bukan pakai rembat sahaja.

Dalam kes liwat Anwar mana nak cari saksi. Lain lah kalau dia meliwat ditempat awam dan lebih dari 4 orang saksi boleh dicari. Oleh itu jika mangsa mendakwa dia menjadi mangsa maka siasatan perlu dibuat untuk membuktikan dakwaannya berasas.

Andai nya dakwaan itu palsu makan hukuman perlu di ambil ke atasnya kerana berbohong. Seandainya dia bercakap benar dan terbukti dengan kesan-kesan serta DNA maka sudah cukup untuk memdakwa pemangsa. Itu pun pertuduhan perlu dibuat dan pemangsa perlu membuktikan dia tidak bersalah.

So eloklah kita tunggu pihak polis dan mahkamah menyelesaikan kes seperti ini. Jangan lah kita pandai menghukum orang itu bersalah, orang ini berkonspirasi, dan sebagainya, takut apa kalau tak buat. Lihat contoh Dato M, Daud Kilau.

Dia juga di tuduh tetapi hasil siasatan polis mendapati tidak wujud kes. Maka Anwar juga perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tuduhan ini,. Kalau betul dia tidak bersalah apa nak takut. Cari alibi yang boleh membelanya dan menafikan kejadian itu wujud. Pada tarikh dan masa kejadian dia tidak ada di lokasi pertuduhan.

Mana lah tahu. Bila di baca pertuduhan pada sekian masa dan sekian jam di sebut, dan dia dapat buktikan bahawa pada masa itu dia sedang berceramah di Kelantan. Ada bukti gambar dan rakaman ceramah semua lengkap. Maka terlepas lah. Tetapi seandainya dia gagal maka kena lagi lah dia,

Soalan konspirasi di sini tak perlu ditimbulkan.

Bukan mudah nak melaksana kan hukum hudud. Banyak perkara perlu dikaji. Oleh itu Husam perlu berfikiran rasional.

Ahad, 29 Jun 2008

KENANGAN LALU (klik for more info)

PRU 12. Pas telah meletakkan seramai 21 orang calon untuk kerusi DUN Perak. Perak mempunyai 59 DUN. Untuk memerintah negeri Pas memerlukan kemenangan 30 kerusi, Andainya Pas menang semua 21 kerusi Pas belum boleh menubuhkan kerajaan. Mahu tidak mahu dia terpaksa bergantung hidup kepada DAP dan PKR.

Pas menentang UMNO kerana kononnya UMNO tidak Islam. Pada masa yang sama Pas berbaik dengan DAP dan PKR yang sah bukan menyokong penubuhan negara Islam Pas.

So apa jadi hari ini Pas pandai cakap rakyat Perak menolak UMNO. yang sebenarnya rakyat Perak menolak Pas. sebab tu dari 21 kerusi yang menjadi taruhan PAS hanya 6 kerusi saja berjaya dimenanginya. mereka ialah

1. DRS Khalil DUN Titi Serong.
2. Ramli Tusin DUN Gunung Semnaggol
3. Husin Din DUN Selinsing
4. Muhammad Zainuddin DUN Lubuk Merbau
5. Ir Mohammad Nizar DUN Pasir Panjang
dan
6. Mohd Anuar Sudin DUN Changkat Jong.

Pas boleh berbangga seandainya memenangi lebih dari2/3 dari 21 kerusi yang bertanding

Jangan Main Belakang


David Teo buat filem, mula dengan "Jangan Pandang Belakang" dan hari ini "Jangan Main Belakang" nampak usaha David Teo tidak menjadi, belum habis 100 hari sudah main belakang. Apa ni....malu laa.

Kalau dahulu boleh dapat simpati ramai bagaimana kali ini.

DELIMA PAS. buang mati katak, telan mati babi



Selepas 100 hari memerintah di Perak Pas sudah tersepit dalam dua situasi. Pertama karenah DAP yang mula mahu lebih dalam segala hal. PKR menghadapi masalah kepimpinan, Tak cukup dengan isu rasuah dan salah guna wang, timbul pula masalah moral yang berprofile tinggi. Sudah tentu Pas Perak sendiri berasa kurang senang dengan Speaker Perak tapi apakan daya Pas , suaranya kecil di Perak. PKR pula merupakan parti yang menang loteri 4D, tak reti nak buat apa dengan hadiah kemenangan.

Dalam DAP semua ahlinya nampak lebih menonjol tetapi Pas hanya nampak Menteri Besar saja yang mendapat lebih pendedahan. PKR langsung tak ada, 5 lagi ADUN Pas hanya membisu seribu bahasa takut salah kerop.

Selepas 100 hari ke mana hala tuju Pas. DAP sudah menampakkan usaha-usaha mereka untuk memajak tanah kepada 999 tahun. DAP dengan agenda tanah. Pas agenda apa? PKR tak ada agenda mereka hanya syok dengan falsafah "lawan tetap lawan"

Bertelur sebiji riuh sekampung


Kerajan BN telah lama berjaya menarik pelaburan ke negeri Perak. bukan setakat memberi pekerjaan kepada 1000 orang malah boleh mampu mewujudkan sebuah bandar baru. Lumut juga telah di majukan oleh BN. Pakatan Rakyat hanya tumpang lalu saja,,dan kuis sana , kuis sini


LUMUT: The first project approved by the Pakatan Rakyat-led state government, a fabrication plant in Lumut Port, is expected to create 800 jobs for skilled and semi-skilled workers, said Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jama-luddin.
The initial investment for the UMW Fabritech fabrication plant was RM100 million, with the first phase to be completed at the end of the year and the rest of the plant completed in four years, he said at the ground-breaking ceremony here yesterday.

He said the state government was trying to reduce bureaucracy for all project applications.

It also wants to give early approvals so that investors could quickly begin their projects, enabling the reaping of benefits sooner.

"In the case of the UMW Fabritech fabrication plant, I approved the application in less than 24 hours and all processes involving the Manjung district land office and other agencies were conducted within three weeks."
The plant will build oil platforms and related components.

Nizar expressed confidence that UMW's move to invest in Perak would encourage others to invest in the state's education, agriculture and tourism sectors.

Sabtu, 28 Jun 2008

Budu Naik Harga



Budu turut mahal

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

SEORANG peniaga, Mohd. Aswraf Alwi menunjukkan beberapa jenama budu yang dijual di kedai runcitnya di Kota Bharu semalam.

TUMPAT - Adakah budu iaitu pembuka selera kegemaran rakyat biasa Kelantan akan menjadi bahan mewah pada masa akan datang.

Ini tidak boleh ditolak ekoran kenaikan mendadak kos mengeluarkannya menyebabkan harganya yang berpatutan kini menjadi lebih mahal.

Ekoran itu, harga bahan tersebut akan dinaikkan sebanyak 40 peratus bermula 1 Julai ini.

Ia disahkan sendiri oleh seorang pengusaha terkenal budu di sini, Ismail Yusoff, 57, yang menyifatkan kenaikan harga itu tidak lagi dapat dibendung.

Menurutnya, ia dilakukan bagi mengelak kerugian lebih besar termasuk risiko 'gulung tikar' jika bertahan dengan harga semasa.

Katanya, kenaikan harga bahan bakar memberi impak besar kepada kos operasi termasuk melonjakkan harga botol kaca dan juga pembalut selain kesukaran memperoleh bahan mentah seperti ikan bilis dan garam dalam jumlah yang besar seperti sebelum ini.

"Sebelum ini ikan bilis dibeli dengan harga 80 sen sekilogram, tetapi sekarang naik RM1.50, begitu juga garam kasar yang kini dijual dengan harga RM3 sekilogram berbanding RM2 sebelum ini," ujarnya yang 28 tahun mengusahakan bahan penyedap itu ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ismail yang memiliki kilang pengeluaran di Kampung Ketil Pengkalan Kubor, Tumpat mengeluarkan budu dalam empat jenama iaitu Ketereh, Pati Ikan Bilis, Sos Bilis dan Selera Kampung.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

KOMEN; MARI KITA BUAT DEMONTRASI MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. ESOK PAKAT-PAKAT BUAT BANTAHAN DI BANDAR KOTA BARU. ANWAR BERAHIM AKAN TURUN, MAT SABU DAN RAMAI LAGI,,,BAWA SEPANDOK DAN PAKAI BAJU MERAH BERUTIS "BUDU" KITA KUMPULKAN 2 JUTA TANDA TANGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA BUDU. KITA RAKYAT KELANTAN ADALAH PENGELUAR BUDU TERBESAR DUNIA MAKA WAJARLAH KITA MENDAPAT HARGA BUDU YANG MURAH. DAN MENDESAK KERAJAAN KELANTAN SUPAYA MEMBAYAR SUBSIDI SERIAL SEBOTOLLLL

Ustaz Azizan MB Kedah jangan marah



MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah
Izwan Abdul Halim
Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT

ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.

Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.

Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.

Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka.

"Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun.

"Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.

Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.

Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.

Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.

Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi.

"Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan. - mns_

KOMEN ; BARU HARI INI PAS PANDAI KESAL DENGAN FITNAH. PAS DOK FITNAH UMNO DAH BERTAHUN DAN BERBUKIT DAH BERGUNUNG PUN..UMNO BUAT TAK RETI SAJA, INI ISU KULIM HI-TECH KENA BANTAI OLEH UMNO DAH NAK MENANGIS. RELAX LAH....LAIN KALI KALAU TAK MAU KENA BANTAI,,,BUAT LAH PROJEK SENDIRI...BUATLAH NAK HITECH KAH , KUALA NERANG HI-TECH KAH,,,YANG DOK SIBUK PROJEK UMNO DI KULIM TU PASAI APA.,.HABAQ MAI USTAZ???
BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI PANDAI CAKAP PRIMITIF. BUKAN APA TU,,NAK TUTUP PEKUNG SENDIRI. USTAZ TU BANYAK PEKUNG DI DADA. SATU LAGI SOALAN ' ZAMAN PAS LA NI ZAMAN BERTAMADUN KAH. ZAMAN BN BUKAN BERTAMADUN' KALAU BETUL DAKWAAN USTAZ SILA LELONG SEMUA HARTA-KERAJAAN TAK BERTAMDUN TU. DAN BUATLAH PONDOK-PONDOK UNTUK TEMPAT KERAJAAN BARU DUDUK BEKERJA.

PAS BINA STESEN RADIO SENDIRI LAH

Usul desak RTM beri ruang siaran disokong penuh
Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 21, 08 | 1:11:05 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 21 Jun (Hrkh) - Seluruh perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) Kali Ke-39 semalam menyokong penuh usul mendesak Kementerian Penerangan Malaysia supaya memberi ruang kepada Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggunakan siaran Radio dan Televisyen Malaysia bagi membuat sebarang liputan secara terus kepada rakyat.

Usul yang dibentangkan oleh perwakilan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu itu menegaskan bahawa rakyat berhak mendapat berita dan gambaran sebenar mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelas usul itu lagi, Pakatan Rakyat telah diberi mandat oleh 52 peratus atau 13 juta rakyat Malaysia hingga membawa kepada kejayaan memerintah lima buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Perwakilan turut memberi sokongan padu kepada usul DMPNK yang mendesak Perdana Menteri untuk menurunkan harga minyak dengan segera dan membentangkan penyata kewangan Petronas di dalam persidangan Parlimen untuk dinilai rakyat.

Menurut usul tersebut, rakyat mahu melihat telus atau tidak pengagihan keuntungan Petronas kepada rakyat. - mns_

KOMEN; APA SUSAH, DUIT KERAJAAN UMNO DI KEDAH KAN BANYAK LAGI,,,BUATLAH STESEN SENDIRI, JANGAN DOK KACAU STESEN RADIO KERAJAAN BARISAN NASIONAL. USTAZ LIM KIT SIANG BOLEH DATANG KEDAH BUAT CERMAH..

SELANGOR CEMARKAN MASJID LAGI

Demonstrasi bantah harga minyak di masjid sekitar Selangor hari ini
Harakahdaily
Fri | Jun 27, 08 | 8:01:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Bagi meneruskan kempen memastikan kejayaan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat yang akan diadakan pada 6 Julai nanti, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan demostrasi bantahan kenaikan harga minyak serentak di masjid-masjid di sekitar negeri Selangor selepas solat Jumaat hari ini.

Demonstrasi bantahan akan diadakan di beberapa lokasi iaitu di Masjid Kg. Baiduri, Petaling Jaya, Masjid Bandar Baru Sg. Buloh, Masjid Bukit Indah, Ampang dan Masjid Al Munir, Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Selain itu demonstrasi akan turut diadakan di Masjid As Syakirin, Gombak Setia, Masjid Sg. Nipah, Simpang Lima, Sg. Besar dan Masjid Al Hidayah, SS3, Kelana Jaya. - mns_

KOMEN; DEMO KAT MASJID NI AJARAN DARI SYIAH KUT, SEBAB SYIAH RAMAI DALAM PAS. HORMATILAH MASJID. IA TEMPAT MENYATUPADUKAN MASYARAKAT. BUKAN ORANG PAS SAJA YANG PERGI MASJID , ORANG UMNO PUN ADA HAK DALAM MASJID, SEBAB RATA-RATA MASJID DI MALAYSIA INI ADA HASIL TITIK PELUH ORANG UMNO. ORANG PAS SEMBAHYANG DI MARKAS PAS ATAU PUSAT TARBIYAH PAS, MEREKA TAK PERGI MASJID, TETAPI SEJAK AWAL 1990AN PAS TELAH MENCEROBOH MASJID DAN MENRAMPAS JAWATAN KUASA KERJA MASJID, UNTUK DIJADIKAN TEMPAT KEMPEN POLILITIK MEREKA, SUDAH LAH PAS,, INGAT TUHAN LAH,,,JANGAN SALAH GUNAKAN MASJID,

RM 1000 UNTUK PELAJAR IPTA DI SELANGOR

Selangor beri RM10 juta kepada anak negeri ke IPTA
Saidah Hairan
Mon | Jun 16, 08 | 2:37:56 pm MYT

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Kira-kira 10,000 anak-anak rakyat Selangor yang berjaya menjejaki kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mendapat wang sumbangan sebanyak RM1,000 seorang mulai bulan depan.

Ini satu lagi kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya walaupun belum sampai 100 hari memerintah negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan satu lagi janji dengan memperuntukkan wang sebanyak RM10 juta untuk membiayai pendidikan anak-anak Selangor.

KOMEN: BETUL KER NI...KA OMONG KOSONG, AKU DAPAT TAHU RAMAI IBUBAPA DAH KOMPLIN SEBAB TAK DAPAT. KALAU BETUL BAGI BAGUS LAH. TETAPI HAIRAN MANA DATANG DUIT? 100 HARI DAPAT KUMPUL 10 JUTA,,,TENTU DUIT SIMPANAN KERAJAAN BN LALU, KASI HABISLAH DUIT KERAJAAN BN TU,,,PEDULI APA KAN? BUKA DUIT YANG PAKATAN CARI,,,,

Speaker Perak Kecewa dengan BN

Speaker kecewa dengan sikap Adun BN
Ekmal Yusof
Fri | Jun 27, 08 | 2:32:28 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V. Sivakumar Varatharaju kesal dengan sikap Adun Barisan Nasional Perak yang bertindak memulaukan sidang dewan.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang itu bersifat keanak-anakan, sekali gus tidak menghormati konvensyen parlimen dan tidak bertanggong jawab.

"Tingkah laku mereka membuktikan hanya bahawa mereka semata-semata ingin mencari publisiti murahan dan mendurhaka kepada mandat yang diberikan rakyat dalam PRU-12 lalu," katanya.

KOMEN: SALAH ORANG NAMPAK, SALAH SENDIRI TAK NAMPAK. WAHAI TUAN SPEAKER LESEN 'L', LU PETANG CAKAP MAHU KASI ITU ORANG CAKAP, TAPI PAGI PUNYA JAM APA PASAL LU TARAK KASI ITU BN PUNYA ORANG CAKAP? LU SUDAH LUPA KAH. ITU PASAL MELAYU ADA CAKAP;" KALAU JUMPA INDIA DENGAN ULAR, PUKUL ITU INDIA DULU BARU PUKUL ITU ULAR" KALAU TAK PUKUL ITU INDIA , SUSAH MAHU PUKUL ITU ULAR, DIA BANYAK KACAU. LU MAHU JADI ITU ULAR KAH?

Exco wanita di Perak

su exco wanita: Wakil kerajaan 'patahkan' hujah pembangkang
Johari Jaafar
Fri | Jun 27, 08 | 2:51:19 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Hrkh) - Isu yang direka cipta oleh wakil pembangkang khasnya yang dibangkitkan oleh dua Adun wanita BN, iaitu Adun Sungai Rapat dan Adun Hulu Kinta mengenai tiadanya wanita menjadi exco dalam kerajaan Pakatan Rakyat Perak berjaya 'dipatahkan' oleh wakil kerajaan.

Adun Titi Serong ketika 'mematahkan' hujah tersebut memberitahu Terangganu yang diperintah BN juga tidak melantik wanita untuk menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Jika kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditohmah mengetepikan peranan wanita dalam Kerajaan Negeri, mengapa wakil BN tidak mempertikaikan Kerajaan Terengganu, katanya.

KOMEN: WAHAI ADUN TITI SERONG...TRADISI BARISAN NASIONAL PERAK SEJAK DAHULU LAGI MEMPERUNTUKKAN KERUSI EXCO WANITA DI PERAK. DAN IA HARUS DITERUSKAN OLEH PAKATAN RAKYAT DI PERAK. WAKIL BN PATUT BERSUARA. TETAPI KALAU DAH PAS , DAP DAN PKR TAK MAHU BAGI APA BOLEH BUAT. JANGAN LAH BANGKITKAN ISU TERENGGANU PULAK. PERAK BUKAN TERENGGANU, BUKAN KELANTAN DAN BUKAN SELANGOR....ADA FAHAM KAH WAHAI ADUN PENYERONG..
ADUN PENYERONG BILA LAGI NAK BUAT RUMAH BARU. SEKARANG DAH JADI WAKIL RAKYAT BOLEH BUAT PINJAMAN KERAJAAN 300 RIBU RINGGIT UNTUK BINA BANGLOW BARU, BOLEH LAH AKU PERGI AMBIL GAMBAR DAN PUBLISH KAT WEB.."LIHATLAH WAKIL RAKYAT PAS, BARU JADI WAKIL RAKYAT DAH BUAT RUMAH BATU BESAQ" JADI JANGAN MARAH LAH, SEBAB KERJA TU PAS DAH LAMA BUAT.

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA

59 Adun Perak dibekalkan komputer riba
Johari Jaafar
Fri | Jun 27, 08 | 2:59:05 pm MYT

IPOH, 27 Jun (Harakah) - Bagi memudahkan kerja harian semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang berjumlah 59 orang di negeri Perak, Kerajaan Negeri telah membekalkan sebuah komputer riba kepada mereka semua.

Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bilk Gerakan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Dato Seri Ir Hj.Muhammad Nizar Jamaluddin telah menyerahkan kepada setiap seorang komputer berkenaan.

Sebelum majlis penyerahan tersebut dalam ucapan ringkasnya, Menteri Besar mengatakan dengan jumlah kewangan yang agak besar, pemberiaan ini akan memberi manfaat kepda semua Adun dan mereka perlulah menjaga harta Kerajaan Negeri dengan sebaik mungkin.

Adun Titi Serong menyifatkan langkah itu sebagai satu langkah yang baik bagi memudahkan kerja yang terpaksa dilakukan oleh wakil rakyat. - mns _

KOMEN: harga komputer riba bukannya mahal sangat. boleh beli dengan kos kurang dari dua ribu ringgit. Suruh sajalah wakil rakyat beli sendiri atau beli melalui pinjaman kerajaan. ini bagi free. macam lah wakil rakyat tu sengkek sangat. Sedih dengar berita ni. tapi itu lah hakikatnya yang berlaku di Perak. Dari mana datang wang untuk bagi komputer tu, jawabnya adalah duit kerajaan BN yang dahulu. kerajaan sekarang bukan nya ada duit, semua nak di subsidi. maklumlah kerajaan berkebajikan. nasib baik kerajaan BN dahulu pandai berjimat-cermat boleh juga Pakatan Rakyat gabuih duit bagi kering. macam lah cerita Penyamun dalam cerita P.Ramle. (kassim baba) Dah masuk rumah tak bagi salam, rampas harta benda berabih...lepas tu suruh tuan rumah suruh buat surat penyerahan hak milik...

Satu pesanan aku kepada wakil rakyat pembangkang BN (UMNO, MCA, Gerakan dan MIC) tolong jangan ambil komputer tu, tapi kalau nak ambil juga bagilah kepada anak-anak melayu atau india yang dapat masuk unversiti akan datang. sebagai hadiah. tapi pilihlah anak orang miskin dan yang mendapat keputusan yang baik SPM atau STPM.

MAT SABU NAK MASUK UMNO?

Bersihkan nama isteri TPM dengan dakwa Raja Petra? - Mohamad Sabu
Basiron dan Wan Nordin
Sat | Jun 28, 08 | 1:24:41 pm MYT

KUALA LUMPUR 28 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa pihak berkuasa mendakwa pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin kerana membuat tuduhan yang serius terhadap isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, tuduhan Raja Petra dalam akuan bersumpahnya terhadap kes pembunuhan Altantuyaa Shaariibuu itu sesuatu yang amat serius dan memburukkan nama TPM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri.

"Dakwaan itu sangat serius, kerajaan perlu segera mendakwa Raja Petra bagi membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan isterinya daripada dakwaan terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya," ujarnya ketika berceramah bersempena Program Pelancaran dana Kebajikan Muslimat dekat Temerloh malam tadi.

KOMEN: Terima kasihlah Che Mat kerana keperitahinan dengan meminta pihak berkuasa mendakwa Raja Petra. Aku rasalah Che Mat, tak payah susah-susah nak dakwa dia, Malaysiakan negara demokrasi, rakyat bebas bersuara. macam Che Mat tak tahu...Che Mat pun selalu tuduh macam-macam. tak pula Che Mat menyuruh kerajaan mendakwa diri Che Mat. Tentang Raja Petra yang jadi gila-gila tu bukan apa Che Mat..Dia tak dapat jadi calon PKR. Bagi lah dia satu kerusi di Terengganu kah. kalau PKR tak mahu dia menang tapi hanya untuk menyedapkan hati Raja Petra suruhlah dia bertanding di Johor atau di Terengganu. sudah tentu dia akan kalah. Satu soalan aku, Che Mat bila nak masuk jadi ahli UMNO? sebab dok dalam Pakatan Rakyat pun bukan seronok. PKR pun dah dok main belakang. DAP pun dah dok nak sapu tanah sahaja, Pas dok seronok berceramah sana sini..Sudahlah Che Mat, bukan masa untuk berceramah lagi sekarang tetapi masa yang ada mestilah digunakan untuk membetulkan PR yang semakin menyeleweng matlamat dan dasar perjuagan.

Che Mat ada pengikut sendiri, pakat ramai-ramai isi borang UMNO dan serahkan kepada Pak Lah macam Ezam buat baru satu Malaya tahu.

PAJAKAN 999 TAHUN TANAH DIPERAK

Pemberian dipersoal - Status hak milik tanah kekal 999 tahun kepada kampung baru di Perak

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 27 Jun – Cadangan kerajaan pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini menimbulkan persoalan kerana ia dilihat lebih bermotifkan politik.

Ini kerana, pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).

Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina.

Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus).

Cadangan untuk memberi status hak milik kekal itu dianggap sebagai luar biasa kerana kerajaan campuran Perak baru tiga bulan memerintah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin ketika menggulung usul di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini hari ini berkata, rasional untuk memberi hak milik kekal dibuat berdasarkan prinsip keadilan dan ia mengikut apa yang dibenarkan oleh Kanun Tanah Negara.

Untuk itu katanya, beliau akan merujuk cadangan tersebut mengikut Kanun Tanah Negara atau mana-mana perundangan yang dibenarkan.

“Ini tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya

Ekoran itu, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) bangun bertanyakan apakah rasional memberikan hak milik kekal kepada 60,000 lot tanah tersebut.

Katanya, adakah ia berdasarkan faktor ekonomi iaitu bagi membolehkan tanah itu dicagar untuk tujuan perniagaan atau ia lebih berkait dengan isu politik demi menunaikan janji kerajaan negeri yang didominasi oleh DAP.

Zambry turut mempersoalkan kenapa hanya 60,000 lot di kampung baru itu sahaja disyorkan untuk diberikan status hak milik kekal 999 tahun.

“Kenapa tidak kepada semua tanah di Perak yang mempunyai penduduk tanpa mengira Melayu, Cina atau India,” katanya.

Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN-Pengkalan Hulu) pula bertanya, jika kerajaan negeri jujur, semua tanah di Perak perlu diberikan geran kekal sama ada untuk tujuan pertanian atau industri.

Mohammad Nizar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soalan daripada kedua-dua wakil BN itu.

Namun kepada soalan bertulis Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) sama ada RKT akan diberikan hak milik kekal, Mohammad Nizar berkata, lot-lot tanah di RKT akan diberikan status pajakan 99 tahun.

“Sama ada kampung tersusun akan diberi taraf tanah kekal seperti yang akan diberi kepada kampung baru, saya ingin menjelaskan bahawa kampung tersusun adalah berstatus pegangan pajakan selama 99 tahun.

“Sama ada hak milik pegangan kekal akan diberikan seperti yang akan diberikan kepada kampung baru adalah tertakluk kepada keputusan dan pertimbangan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dan juga kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang berkaitan,” katanya.

KOMEN: INILAH PADAH RAKYAT PERAK MEMILIH PAS, PKR DAN DAP. aku harap kerajaan Perak lebih peka kepada kesusahan rakyat terutama Melayu di Kampung-kampung. tetapi Pas perak lebih sayang akan penduduk kampung baru di bandar yang rata-ratanya semua sudah hidup mewah.Di kampung baru di Taiping kebanyakan rumah-rumah sudah menjadi kawasan penduduk mewah. Ini kah yang di katakan PAS FOR ALL.

Jumaat, 27 Jun 2008

Ustaz Lim Guan Eng Kecewa

Guan Eng kecewa, projek mega tangguh
PULAU PINANG 26 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan kerana menangguhkan projek monorel berharga RM2 bilion dan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang yang dijadual dijalankan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pendapat kerajaan negeri patut ditanya sebelum kerajaan pusat membuat sebarang keputusan untuk menangguhkan projek ini kerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri.
"Ia keputusan yang amat tidak bertanggungjawab apabila kerajaan persekutuan tanpa berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menangguhkan dua projek mega ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung PBA Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini.

KOMEN: Wahai Ustaz Lim, janganlah kecewa. Awak boleh pergi pinjam duit dari Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan atau Singapura. dan laksanakan semua projek yang ditangguh oleh BN. barulah Ustaz Lim akan dikenang sepanjang hayat dan sepanjang zaman oleh rakyat Pulau Pinang sebagai Bapa Pembangunan.

Kelantan Negeri Termiskin

Negeri ini telah disahkan oleh Bank Islam sebagai negeri yang mempunyai ramai penduduk termiskin. Apa nak komen lagi...Apa respon Pok Nik dan Husam, Selama bebelas tahun kerajan negeri gagal menangani masalah kemiskinan.

Wahai rakyat kelantan. keluarlah dari kepongpong kemiskinan. Pilih lah kerajaan yang mampu mengubah nasib rakyat, memajukan dan memerdekakan rakyat kelantan.

Bank Islam telahpun menyampaikan wang zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di sini hari ini.

Mudah-mudahan wang zakat tersebut tidak selewengkan oleh Parti Pas kelantan. Aku tak hairan kalau mereka boleh guna wang tersebut sesuka hati. sebab pas sejak dahulu lagi sudah mengutip zakat untuk pembanguna dan kehidupan parti siasah mereka

Brother Anwar Bin Ibrahim dah naik tocang

Anwar amal nepotisme?
KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) digesa memberi penjelasan tentang dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu.

Dulu masa jadi TPM habis semua anak beranak jadi pengerusi sana sini. Mana suara keadilan yang di laung-laungkan . Dalam keluarga sendiri anak dan ibu dah jadi MP tak lama lagi dia sendiri pulak.

Nak kata apa lagi,memang sudah dasar dia begitu..Rakyat Selangor perlu berhenti menyokong perjuangan keluarga ini.

HARAKAH MENJADI AKHBAR HARIAN

Aku menyokong penuh seandainya Harakah di terbitkan hari-hari. bukan apa..nak tengok net working harakah hari-hari berkerumun depan rumah pemimpin di 5 negeri setiap pagi, petang dan malam untuk mencari berita, setakat ni mereka banyak merujuk kepada akhbar aliran utama.

Pas juga akan ketandusan berita akhirnya , sebab tak ada apa berita yang nak dilaporkan. mana nak ada berita kalau Pas tak ada kemajuan dan pembangunan.

Lama-lama pengikut Pas sendiri akan jemu membaca harakah yang tak habis-habis kerjanya mengutuk kerajaan Persekutuan dan para menteri atai sesiapa yang mereka tak suka.

Bila pendapatan harakah naik. sebahagaian duit boleh di guna untuk membayar subsidi minyak , subsidi toll dan subsidi di 5 negeri yang kerajan berkebajikan.

Dan Pas kena tebang balak di kawasan tadahan air di Kedah,untuk membuat palpa kertas bagi menurunkan kos import kertas.

Pas juga akan mengambil banyak tenaga kerja bagi menjayakan penghasilan berita, pemprosesan,percetakan dan sehingga kepada pengedaran dan jualan,

Semoga berjaya Pas dan Harakah.

TAHNIAH EZAM

Sekalung tahniah kerana telah diluluskan kemasukan mu ke dalam UMNO. Tak dapat bertanding jawatan penting pun tak apa lah, janji dah selamat masuk UMNO. Kalau ada puak-puak PKR yang ingin menyerang atau membalas dendam, Ezam sudah ada rumah untuk berlindung. Home sweet home. welcome back my hero.

Sebut tentang hero aku berbangga dengan kehebatan Raja Ahmad(Datuk Seri) di Dewan Perak. Beliau patut berbuat begitu kepada Speaker yang ternyata biadap. Aku juga berbangga dengan Tajul Rosli (Datuk Seri) kerana berani bersuara. Ternyata emosi dan tekenan beliau sudah pulih, dan terbukti sudah akan keberranian beliau di dewan Perak.

Khamis, 26 Jun 2008

MB KEDAH DAPAT HIDAYAH

Semalam dia kata. hutan tahanan itu akan ditebang. Hari ini nada sudah bertukar. Ia hanya satu cadangan. Agaknya kalau pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit seperti Ustaz Azizan. sudah tentu Mat Put dan Mat Sapu akan kutuk berkodi-kodi.

Harakah pun akan kutuk berasap dan berapi. Malaysia kini atau PKR akan kata macam-macam. Berita itu kalau masuk youtube sudah tentu beratus kutukan oleh penyokong Pas.

Bila kena tang batang hidung mereka , senyap dan sunyi bahkan akan ada komen yang membela beliau. Sebagai seorang ustaz, Azizan perlu faham bahawa dalam Islam, setiap bukit dan gunung perlu dijaga dan dipelihara.Mungkin pada hari ni dia baru terjumpa ayat-ayat quran yang menceritakan kepentingan nya di jaga. Bagus lah ustaz,akhirnya beralah juga dia.

Sudah tentunya gurunya iaitu Ustaz Lim Guan Eng dan Uztaz Nik Aziz telah memberi nasihat tentang kepentingan menjaga kawasan bukit yang menjadi kawasan tadahan itu. Tahniah kepada rakan ustaz Azizan. Bersyukur kerana Ustaz Lim Guan Eng telah membawa Quran. maka selepas ini dia pula akan menasihati penduduk Pulau Pinang agar tidak menjahanamkan satu-satunya bukit yang menjadi tulang dan teras kekuatan pulau tersebut

RAJA PETRA DESPERADO


Alkisah berulang lagi. tak cukup dengan masuk penjara, dia buat hal lagi, Bukan apa tu cuma nak melepaskan geram. Dia seorang yang kecewa.anak raja yang kehilangan tahta. Kalau Batu Putih masih hak Malaysia bolehlah bagi kepada dia. Lantik dia menjadi Pemerintah di pulau tersebut. dan pindahkan pejabat malaysia today ke sana. PKR pun satu hal juga, sepatutnya dalam PRU 12, bagi lah satu kerusi MP kepada Tengku Petra. Ini tidak. PKR bolot semua kerusi DUN dan MP. Bagi lah satu kerusi kepada nya. Tidak lah dia menjadi tak ketahuan macam sekarang, habis semua orang disabitkan dengan Atantuya. lagi pun apa faedahnya membela-bela si monggolia tersebut, Apa jasa dia kepada PKR dan Tengku Petra,?

PAS MARAH BN DI DEWAN PERAK

Tajul Rosli 'tunjuk belang' dalam dewan
Johari Jaafar
Thu | Jun 26, 08 | 11:00:51 am MYT
IPOH, 26 Jun (Harakah) - Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, hari ini menuunjukkan 'belang' sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak dengan menjadikan PAS dan DAP sebagai sasarannya untuk 'melepaskan geram' setelah `rakyat menghukum dan menyingkirkan BN daripada pemerintah negeri Perak.

KOMEN; Rakyat tidak menghukum, malah UMNO menang lebih banyak kerusi dari Pas, Memang patut pun Pakatan Rakyat di hentam oleh BN. Sebab dulu mereka yang hentam BN sekarang PR pula kena sedia menerima hentaman. Jangan lah marah dan emosi. Itu baru ujian pertama dari BN. PR masih terkial-kial mencari formula.

Sepanjang ucapannya hampir satu jam beliau menghalakan 'tikaman' kepada PAS khususnya kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan mensasarkan pula kepada DAP khususnya kepada Adun Sitiawan, Dato' Nge Ko Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

KOMEN:Bagus memang patutnya hentaman kepada DAP yang menjadi tuan kepada PAS Perak. Pas adalah pecacai tukang angkat najis Dap.menggadaikan maruah bangsa demi kepentingan dendam dan hasad dengki, sehingga sanggup membiarkan India tu menjadi Speaker Dewan. Mana letaknya maruah Pas. Mereka sanggup berdiri dan menyembah sang saka tu semasa mengangkat sumpah. Di mana letaknya maruah Pas. Dengan UMNO mereka tolak dan maki hamun. Tak Islam . parti secular. Sekarang siapa secular . siapa jadi yahudi dan majusi. Dua istilah yang dahulu diguna pakai oleh Pas untuk memaki hamun UMNO dan sekarang aku pulang balik . jangan marah ya.

Ucapan tersebut yang sewajarnya untuk menyokong titah ucapan Paduka Seri Sultan Perak telah dijadikan alat untuk melepaskan geramnya untuk membangkitkan isu remeh temeh yang telahpun basi.

KOMEN:Kalau UMNO bersuara maka Pas anggap basi. Pas yang bercakap soal persahabatan dengan Dap dan Pkr adalah contoh nabi juga sudah basi, UMNO dah buat lama dah, kepada MIC dan MCA. Pas bercakap soal levi. Sedangkan ia sudah lama di laksanakan oleh BN. Siapa yang basi, jawapannya ialah Pas.

Beliau membangkitkan isu Menteri Besar Perak ada membuat kenyataan Tajol Rosli tidak bersalam dengannya, sedangkan isu sebenarnya Menteri Besar Perak menjelaskan Tajol Rosli tidak pun melakukan serahan tugas secara rasmi seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

KOMEN:Apa perlunya serah tugas kalau Pakatan Rakyat sudah merampas pejabat dan rumah mantan MB. UMNO tak perlu serah tugas kepada lanun yang merampas. Kalau Pas mahu serahan tugas berjalan lancar maka Pas jangan bertindak seperti lanun.

Satu lagi isu yang dibangkitkannya ialah isu Pengarah Jabatan Agama Islam yang kini telahpun dilupai oleh orang ramai, tetapi bekas Menteri Besar itu 'menghidupkannya kembali' dan menggunakan dewan untuk 'menyerang' DAP dan Menteri Besar Perak.

KOMEN:Budaya Pas mudah lupa. BN dan UMNO tidak mudah lupa, Jangan ingat BN akan lupa semua janji Pas dalam PRU12, ia akan dituntut di dunia dan akhirat. Pas selalu bercakap kalau tak undi Pas maka akan di personal di akhirat nanti, so Pas jangan ingat mudah nak menipu UMNO. Pas begitu mudah menipu penyokongnya tetapi tidak kepada UMNO.

Selain itu isu kafir telah dihidupkan semula oleh Tajol Rosli, kononnya pemimpin PAS telah mengkafirkan pemimpin Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC, tetapi sekarang PAS dan DAP sudah berkawan baik.
Isu yang ditengahkan bekas Menteri Beasar itu sudak tidak relevan lagi dan dianggap sudah lapok.

KOMEN:Pas mengkafirkan UMNO sudah tak relevan lagi? Oh. Dulu boleh kata sembarangan kepada UMNO kenapa tidak sekarang . UMNO boleh pulang paku buah keras kepada Pas tentang perkara ini. Pas jangan buat-buat lupa., kalau sengaja buat lupa memang sah pas adalah parti ajaran syaitan. Atau parti ajaran sesat.

Dalam sidang dewan tersebut beliau cuba menjadi 'jaguh' untuk mempertahan dan membela akhbnar Utusan Melayu, dalam masa sama menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan kebebasan media apabila bertindak memboikut akhbar tersebut.

KOMEN :Pas juga sudah lama menjadi jaguh dengan kempen boikot utusan dan berita harian. Pas tak suka pengikutnya membaca berita aliran utama atau perdana takut pengikut mereka terpengaruh dengan media pro kerajaan. Tetapi penulis harakah subuh-subuh sepei lagi sudah baca online untuk mencari bahan bagi mengisi dada dan perut harakah. Memang dasar majusi dan nasrani lah kalau begitu.

Beliau menyerang DAP kononnya peranan DAP yang telah membawa kepada Kerajaan Pakatan memboikat Utusan dan tindakan memboikat akhbar Utusan katanya bertujuan untuk menutup akhbar milik Melayu.

KOMEN: Dah lama Pas suruh mengikut jangan baca utusan dan berita, tapi penyokong pas awal-awal pagi dah pegang akhar tu

"KIta akan mempertahankan Utusan, di mana-mana program kita, kita akan beli akhbar Utusan dan sebarkan kepada orang ramai," ujarnya.
Beberapa orang yang ditemui selepas sidang itu mendakwa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu seolah-olahnya berupa konspirasi antara Utusan dengan Umno untuk memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

KOMEN: PAS PUN BANYAK KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN UMNO,

KOMEN :Sampai bila Pas akan jadi babi tunggangan pakatan rakyat.- mns _

NIK AZIZ ANTI MELAYU

KOTA BHARU 25 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas tidak akan sama sekali mengadakan perundingan dengan UMNO atas apa juga alasan bagi mengelak tercetusnya perpecahan dalam parti itu.

PAS adalah Parti Aslam Malaysia dan tak sebut pun perkataan Melayu. UMNO pula ialah parti melayu. M bermakna Malay.Pas merupakan parti serpihan UMNO yang pertama. selepas itu timbul pula Semengat 46 dan akhirnya Parti Keadilan.Semuanya dari UMNO.

Pak Nik sudah menjelaskan dari dahulu lagi. UMNO ialah parti assabiayah. dan bukan Islam, parti sekular. Kalau hari ini di berbaik dan berunding dengan UMNO ia sudah tentu menimbulkan ketegangan dalam PAS.

Tetapi tidak menjadi kesalahan bila mereka dengan DAP dan PKR. Adakah kedua parti ini Islam atau assibiyah?

bersambung

Rabu, 25 Jun 2008

Pilihanraya ketua kampung ala Pas.

Di Perak rata-rata ketua kampung dibawah payung kerajaan baru sudah ditabalkan. semua daerah dan kampung rasanya dah beres. Ada yang berjalan lancar dan ada yang kecoh juga.

Kerajaan PR telah mengubah dasar perlantikan daripada cara lama ke cara baru iaitu dengan cara undi, seperti pilihan raya juga, untuk lebih telus dan betul, cara lama tak betul sebab lebih kepada kronisme.

Aku memang sokong cara baru ini, sebab kita pilih yang kita suka bukan yang pemimpin suka.Tetapi sampai sekarang aku tak dipanggil untuk membuang undi lagi,tup tup sudah dilantik. rupa-rupanya kertas undi hanya dibagi untuk satu puak sahaja bukan semua(PAS FOR ALL/ PAS UNTUK SEMUA). kenapa jadi begitu. Rupa-rupanya mereka tak guna daftar pemilih SPR tetapi guna daftar pemilih dalam parti, adakah ahli parti DAP dan PKR terlibat sama dalam proses pengundian? kalau ada bagus lah. Tetapi aku terkilanlah sebab tak tahu siapa yang bertanding. tak ada kempen pilihan raya. tak ada poster, tup-tup semua dah siap. kat mana aku nak buat bantahan? kat SPR tak boleh sebab mereka tak terlibat.

kalau diberi peluang aku juga nak jadi calon? bila tarikh penamaan calon? ada penyokong dan pencadangkah? ada masa untuk bantahan kah? bagaimana pengundian dibuat, siapa yang mengira undi dan siapa menjadi kerani dan ketua tempat mengundi? hai makkk oi,,,banyak persoalan ni nak kena jawab? sila jawab datuk seri nizar..

yang jelas rakyat tertipu lagi,,,

Usik kawan pasal gambar Atantuya dan Najib

Satu hari aku buat-buat tanya seorang kawan yang aku tahu dia seorang pro pas dan ahli pas juga, walaupun hidupnya ditanggung oleh kerajaan BN( Biasalah Pas kata duit Bn duit rakyat, dan duit rakyat duit kami dan halal/ tetapi dalam keadaan tertentu hukum bertukar, duit Bn haram, duit judi , duti arak dan sebagainya.)

balik pasal usik tadi,,,aku tanya dia ;betul kah ada gambar najib dengan atantuya di paris,? tangkas dia menjawab. Ya betul gambar tu ada pada bapa atantuya.., aku tanya lagi, kenapa gambar tu dah dibawa ke mahkamah.? jawabnya,, mahkamah tak minta, dan tak panggil najib. tanya lagi, betul ke gambar tu original,,,tak tipu? jawab dia " ya, memang betul,,,tapi tak boleh bawa ke mahkamah, gambar tu ada dalam internet,,

moral of the story,,,
Memang mudah dan senang pemimpin pas dan pkr tipu orang, dan orang mudah percaya.,

SAPP mesti kekal dalam BN

BN tidak boleh menyokong usul Pairin untuk menyingkirkan SAPP. Hanya parti itu sahaja yang patut mengistyharkan diri keluar dari BN. Andainya BN menyingkirkannya samalah ibarat marahkan pejat , bakar kelambu, pejat hilang, dan nyamuk datang.

Aku yakin tak semua dalam SAPP bersetuju untuk keluar , walaupun kita tahu dalam parti ada MT, jika putih kata MT maka putihlah semua nya, kalau hitam kata MT SAPP maka hitam lah, BN patut memberi tempoh bertenang kepada mereka.

tetapi kalau sudah jadi tokak atau barah yang amat teruk eloklah barah itu di buang dari menjangkiti organ-argan lain

SAPP memang menunggu saat-saat atau kata-kata BN untuk menyingkirkan mereka, maka mereka akan melompat keriangan dan mangajak yang lain untuk buat kecoh supaya di singkirkan dari BN.

Pak Lah bertindak bijak dengan tidak menyingkir kan SAPP.

HUSAM MUSA JADI MB KELANTAN



Melucukan macam mana aku boleh mimpi dia jadi MB Kelantan. Terjaga dari lamunan mimpi aku bertanya-tanya seorang diri, Boleh jadi kah Husam jadi MB Kelantan, Jawab nya sudah tentu boleh sebab sekarang dia pun dah jadi orang No 2 di Kelantan. Lambat atau cepat bintangnya cerah boleh lah jadi MB.Tetapi apakah kelayakannya untuk menerajui negerinya, kearah sebuah negeri yang progresif dan berdaya saing.

Kalau kita ukur usianya memang boleh sebab dia muda dan sudah tentu sekarang pun dia sudah menyimpan semua formula untuk misinya, dan pada waktu ini semua formula itu tersimpan dengan baik tanpa bocor. risau juga kalau Pak Nik tahu. Bila sebut Nik pula ia merupakan satu gelaran yang penting. Kalau nak minta kerja dan ada nama Nik maka segala-galanya menjadi senang dan mudah. Ini diceritakan sendiri oleh seorang rakan aku dari keturunan Nik. Sejarah keturunan Nik ni aku tak tahu lah kena tanya prof kat Univ lah.

Penutup cerita Husam jadi MB kelantan dan mungkin Menteri di Jabatan Perdana Menteri kalau Brother Anwar Bin Ibrahim jadi PM. dan menteri Penerangan ialah Mat Put, tetapi Mat Sabuk nak letak kat mana? Dia pun duk nak jawatan tu, boleh lantik jadi senator dan bubuh Timbalan menteri Penerangan. Dan jawatan Timbalan Menteri Penerangan ni kena ramai, Pas dapat 2 . PKR 2 dan DAP kena 5. sebab Cina banyak dialek. hokian 1, fochow 1, hakka 1, sampai cukup 5.

Menteri Haiwan ialah Teresa Pork, Menteri Gereja Francis Xavier, menteri kuil. ialah pemimpin Hindraf,dia buat kerja dari kem kamunting.

dah lah tuu..

Lihatlah pembohongan Brother Anwar dan Mat Put

gambar tu yang di war-warkan sebagai bukti Najib and mongolia tu di Paris,, gamabar tempek macam orang bodoh sangat nak percaya,

siapa sharibu nak arah-arah









24 Jun, 2008 20:18 PM


Shaariibuu Mahu Polis Jalankan Penyiasatan Terperinci Dakwaan Raja Petra

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Dr Shaariibuu Setev, bapa kepada Altantuya Shaariibuu, meminta polis menjalankan penyiasatan terperinci terhadap dakwaan editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pembunuhan anak perempuannya itu ada kaitan dengan tiga individu.

Shaariibuu, 58, berkata polis patut mengkaji dakwaan Raja Petra itu secara serius kerana ia mungkin memberikan bukti baru kepada polis.

"Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diselesaikan segera oleh pihak berkuasa. Saya hanya mendapat tahu mengenai maklumat baru ini daripada akhbar.

"Saya meletakkan kepercayaan penuh kepada Polis Diraja Malaysia dan yakin dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shaariibuu, dengan bantuan seorang penterjemah, berkata beliau akan berjumpa dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok bagi membincangkan sama ada akuan berkanun Raja Petra itu boleh dikemukakan sebagai barang bukti di mahkamah.

Beliau berkata kerajaan Mongolia dan rakyatnya telah mengikuti perbicaraan pembunuhan Altantuya sejak hari pertama dan mereka mengharapkan penghakiman yang adil.

Pendakwaan menutup perbicaraan kes pembunuhan Altantuya semalam dan penghujahan ditetapkan pada 23 Julai.

Semalam dilaporkan dalam media bahawa polis akan memanggil Raja Petra untuk menyoal siasat berhubung dakwaannya dalam akuan berkanun itu.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa tiga individu, termasuk seorang wanita, berada di tempat kejadian semasa penterjemah dan model sambilan Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) C/Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt dua tahun lepas di Mukim Bukit Raja, Shah Alam. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tuduh bersubahat dengan mereka.

-- BERNAMA

Selasa, 24 Jun 2008

Economy of Venezuela


The 20 Venezuelan bolívar fuerte banknote featuring a portrait of Luisa Cáceres de Arismendi.

The petroleum sector dominates Venezuela's mixed economy, accounting for roughly a third of GDP, around 80% of exports, and more than half of government revenues. The country's main petroleum deposits are located around and beneath Lake Maracaibo, the Gulf of Venezuela, and in the Orinoco River basin, where the country's largest reserve is located. Venezuela is currently trying to diversify its economy to be less dependent on its petroleum industry. Venezuela has the least expensive petrol in the world, due to high government subsidies.

Ulasan: Mat Put suruh Malaysia ikut negara ini yang mengekport jutaan tong minyak sehari minyak Malaysia yang seciput . mana boleh.

Isnin, 23 Jun 2008

Perak Bebas dari menjadi negeri Islam

Dengan tersiarnya berita di bawah , bermakna semua cakap-cakap Pas untuk membentuk negeri Perak sebagai negeri yang melaksanakan hudud terbatal dengan sendirinya, Oleh itu gagallah segala impian Pas untuk menghapuskan premis jualan arak. rumah judi, kelab malam, rumah urut dan segala macam yang tak disenangi oleh Pas sebelum ini, dan berkemungkinan rumah-rumah judi, premis arak , dan kelab -kelab sosial mungkin akan bertambah-tambah bilangannya di Perak.

Untuk menutup malu dan mengabui mata penyokong pas di Perak khususnya orang melayu maka Pas akan terus turun ke kampung-kampung dan berceramah dengan mengkritik kerajaan persekutuan pula. tujuan ialah untuk mengalih pandangan dan pemikiran penyokong pas yang sudah tertipu agar tidak mempersoalkan apa yang mereka rancang untuk kemajuan negeri seperti dalam 'manipistuuulll' PRU12 mereka.

Rundingan Pas dan Dap Perak

Thursday, June 5, 2008

Hudud taruhan rundingan PAS-DAP - Malaysiakini

PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

"Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta," katanya.

"Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya."

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.

Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).

Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.

Dalam ucapannya 'Enam kejayaan PAS Perak' di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap "parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS" menjelang pilihanraya umum.

"Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan," katanya.

Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.

"Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS," tambahnya.

Sistem Kuota

Ramai ahli politik tanah air bercakap soal sistem ini yang telah lama diguna pakai dalam pemilihan pucuk pimpinan (MT) UMNO.

Ramai yang minta di hapuskan, ramai juga yang menyokong. Ramai juga yang bercakap di media dengan idea masing-masing.

Bagi aku lah. soal sistem kuota ini bukan sesuai dibincang diluar dewan. tempat yang baik ialah dalam dewan PWTC itu sendiri tak lama lagi. Masa itu adalah sesuai untuk meminda sebarang peraturan dalam perlembagaan , nak panggil persidangan khas pun boleh. So kepada ahli-ahli politik tu hendaklah berhenti bercakap soal tersebut.

DAP SEMAKIN BIADAP

Pelancaran Rakan Cop: DAP bawa sepanduk

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kira-kira 200 penduduk diketuai Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai mengadakan satu perhimpunan sehingga mengganggu pelancaran program Rakan Cop di Taman Midah di sini hari ini.

Kok Wai dan penyokongnya membawa beberapa sepanduk bagi mendesak satu sesi dialog antara polis dan penduduk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, walaupun timbul kekecohan itu namun polis meneruskan majlis pelancaran Rakan Cop tersebut dan terpaksa menolak permintaan mereka kerana sesi dialog tidak termasuk dalam atur cara program.

Jelasnya, sekiranya sesi dialog terkandung dalam atur cara program daripada awal, sudah pasti polis tiada masalah meneruskan apa yang dirancang pihak penganjur.

"Polis tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau halangan untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana penduduk di daerah ini.

"Tetapi program hari ini adalah pelancaran Rakan Cop dan pihak penganjur juga tidak ingin polis mengadakan sesi dialog di situ," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, polis juga menolak permintaan tersebut memandangkan beberapa prosedur perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum sebarang sesi dialog.

Namun katanya, polis daerah Cheras akan mengadakan sesi dialog dengan penduduk Taman Midah dalam masa terdekat sebagai memenuhi permintaan mereka hari ini.

Jelasnya, sesi dialog dengan penduduk di situ sememangnya sudah dirancang dan polis cuma menunggu masa serta tempat yang sesuai untuk melakukannya.

"Bukan kita (polis) tidak mahu buat sesi dialog, tetapi hari ini adalah program pelancaran Rakan Cop dan bukan masa yang sesuai.

"Justeru, kita akan adakan majlis khas pada masa lain untuk tujuan itu," katanya.

Dalam pada itu, tegasnya, kadar jenayah di Cheras masih terkawal dan polis tidak mampu menghapuskan jenayah secara total tanpa bantuan masyarakat setempat.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman dan menangani masalah jenayah dengan memperoleh kerjasama daripada penduduk.

KOMEN: Agaknya kalau DAP menjadi besar dan memenangi kerusi parlimen 2/3 , apa kah mereka akan bersama PAS dan PKR? jawabnya kirim salam sajalah. makan nasi sejuk lah orang Pas dan Pkr. dan PKR akan hanya di wakili oleh muka melayu sebab india dan cina akan lari ke DAP

PAS sebelum PRU 12

Re: POLITIK: JUMAAT 22 FEBRUARI 2008

Postby dtecconan on Thu Feb 28, 2008 12:46 am

Pas ketepi fokus negara Islam
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Che Wan Mohd Badrul Amin Che Wan Alias

Manifesto dilancarkan semalam lebih tumpu usaha bentuk negara kebajikan

KUALA LUMPUR: Manifesto Pas yang dilancarkan semalam, buat pertama kalinya tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam.

Manifesto bertajuk 'Menuju Negara Berkebajikan' untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, itu sebaliknya lebih memfokus kepada perubahan membentuk negara yang menjamin kebajikan rakyat.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan mengambil langkah terburu-buru menubuhkan negara Islam tetapi lebih menekankan pendekatan kefahaman mengenai Islam kepada rakyat.

"Kita tidak berubah... cuma pendekatan lain yang diambil dengan memberi kefahaman mengenai pemerintahan Islam terutama kepada negeri yang kita memerintah, Kelantan serta Terengganu dan Kedah jika kita menang pilihan raya ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkifli Ahmad.

Abdul Hadi ditanya bertubi-tubi mengenai penubuhan negara Islam sehingga menyebabkan Kamaruddin hilang sabar dan meninggikan suaranya kepada seorang wartawan.

"Apa yang awak kagum sangat dengan undang-undang yang sedia ada?" kata Kamaruddin.

Wartawan berkenaan berkata beliau hanya ingin penjelasan kerana belum membaca manifesto itu.

Abdul Hadi berkata, Pas memang berhasrat untuk menegakkan negara Islam tetapi mendakwa beberapa kali dihalang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan Kelantan pernah diberi amaran supaya tidak melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh manakala kerajaan Pas Terengganu pada penggal lalu pernah diheret ke mahkamah oleh Timbalan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Manifesto Pas mempunyai 12 teras iaitu Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih; Pengurusan Kekayaan Negara; Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda Dengan Membanteras Jenayah; Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan dan Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat; Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta; Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra Rakyat; Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita; Memaju Industri Pertanian; Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik; Pemuliharaan Alam Sekitar.

Antara kandungan manifesto itu adalah meletakkan Petronas di bawah seliaan Parlimen dan memastikan harga petrol dan diesel kekal 'munasabah' dengan pendekatan subsidi.

Pas juga berhasrat menghapuskan tol dengan kerajaan membeli dan memiliki kembali lebuh raya daripada pemilik konsesi, menghapuskan semua yuran sampingan persekolahan, menghapuskan semua pinjaman tertunggak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, Abdul Hadi berkata, Pas akan bertanding 65 kerusi Parlimen dan 230 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau menegaskan bahawa matlamat Pas dalam pilihan raya umum kali ini adalah untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN dan mengalahkan Umno di semua kerusi majoriti Melayu.



Ditanya sama ada Pas akan bekerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum ini, Abdul Hadi berkata, tidak.

Anuar Londeh seluar ,terjun sungai gombak

Hari ini dua wakil rakyat dari SAPP gagal muncul di dewan rakyat. dan dengar cerita seorang mamat tu telah kecewa dan malu yang amat sangat. dan mungkin dia akan terjun sungai kelang atau sungai gombak. sesiapa yang melihat seorang lelaki tua dah yang pakai cermin mata dalam sungai tu pakai seluar katok saja sila telefon ke jabatan kebajikan masyarakat...dia perlukan rawatan segera
(maaf yer: dulu ko orang buat cerita lebih kurang macam ni lah kat Khir toyo dan samy vello dan ramai lagi...)

Husam Musa dimalukan lagi hari ini

Warga emas dicekik meninggal

KOTA BHARU 22 Jun - Seorang warga emas yang dipercayai dicekik seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Chabang Empat, Tumpat pada 16 Jun lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini kelmarin.

Mangsa, Yah Amat, 79, yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Tumpat (HT) setelah keadaannya dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Nor Azizan Anan berkata, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya pada kira- kira pukul 1 pagi.

Katanya, kejadian itu disedari oleh cucu mangsa yang kebetulan ketika itu melalui di hadapan rumah neneknya.

"Cucu mangsa melihat pintu rumah neneknya terbuka lalu masuk ke dalam dan mendapati lelaki itu sedang mencekik neneknya lalu bertindak menyergah.

"Ia mengejutkan lelaki terbabit yang kemudiannya melepaskan mangsa tetapi sempat menendang cucunya sebelum melarikan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu yang menyembunyikan diri dalam belukar tidak jauh dari situ ditangkap oleh sepasukan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Beliau berkata, jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian.


Komen: Husam menyatakan negeri nya baik dari segi jenayah, lihat hari ini,,,apa dah jadi, Tak selamat tinggal di Kelantan.

BAM harus beri ruang kepada beregu ketiga

BAM dikuasai dikuasai oleh satu kelompok etnik sahaja. sebab tu pemain dari kaum melayu, india dan etnik bumiputra lain sukar meningkat maju . Hanya keluarga Misbun sahaja berjaya mengekang monopoli ini.

Pernah terjadi diperingkat daerah aku dahulu seorang remaja melayu berentap di peringkat akhir perlawanan bawah 12 tahun. Pihak pengurusan pertandingan telah siap menulis pada sijil penyertaan yang menjadi johan ialah lawan kepada budak melayu itu. tetapi akhirnya sijil itu di padam menggunakan getah pemadam dan menulis nama budak melayu. ini lah sikap yang tidak elok dalam dunia badminton negara.

Begitu juga bola tampar dan bola keranjang. di Malaysia harus diwujudkan persatuan melayu untuk kedua-dua jenis sukan ini. aku tahu ramai budak melayu mampu pergi jauh. Sejak bertahun-tahun pelajar-pelajar SBP mengadakan karnival bola keranjang. dan bakatnya cukup menyerlah tetapi sampai setakat mana mereka boleh pergi.

Tahniah beregu ketiga negara yang mencipta kejayaan di luar negara. dan jangan mudah berputus asa, anda juga seperti perjuangan UMNO. hari ini kalah esok belum tentu. rebah bukan beerti kalah.

Ahad, 22 Jun 2008

Kegagalan Pemerintahan Pas Kelantan

Pelajar HIV

Oleh ISMA ISMAIL dan AZLAN HAFEEDZ

KOTA BHARU: Ketika usianya baru 16 tahun dan belajar di tingkatan empat, dia mampu meraih pendapatan hingga RM16,000 sebulan.

Yang perlu dilakukan hanya menaiki kapal terbang dari bandar ini ke Kuala Lumpur dan menjual tubuh pada lelaki kaya setiap hujung minggu.

Namun, kemewahan hidup Lina (identiti sebenar dirahsiakan) yang dinikmati selama setahun itu ternyata bukan percuma apabila dia menerima pembalasan dosa yang menakutkan selepas disyaki dijangkiti virus HIV.

Kisah hidup Lina yang kini berusia 18 tahun didedahkan kepada Metro Ahad oleh Pengasas Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), Zaimah Hussein.

Komen: Husam Musa begitu keras menempelak negeri-negeri lain. tapi apa yang terjadi di negeri sendiri?

Bas Konsortium selesai hukuman gantung

Sebulan sudah berlalu, hukum gantung hanya gah di dada akhbar , tetapi sehingga selesai tarikh akhir pengantungan tersebut, Syarikat bas berjalan seperti biasa walaupun sebahagian besar bas tidak gerakkan. tetapi mereka ternyata telah mempermainkan undang-undang kerajaan. JPJ Taiping juga perlu di siasat oleh BPR mengenai isu ini, adakah JPJ tidak punya kuasa untuk bertindak menyita bas-bas tersebut. sedangkan bas itu sebahagiannya hari-hari melintasi bangunan JPJ di Simpang,Taiping.

Pas hina rakyat dan ahli Pas sendiri.

Baru-baru ini rakyat telah diberi subsidi minyak yang di bayar terus kepada pemilik kenderaan melalui pejabat pos.

Maka mulai Sabtu dua minggu lalu ribuan rakyat telah memperolehi rebat minyak termasuk puak-puak yang lantang menyuarakan bantahan tentang kenaikan harga minyak.

Yang peliknya, selepas semua orang Pas menerima wang tersebut ada pula suara dari mereka yang menyatakan rakyat menjadi pengemis dengan menerima wang tersebut.

Saya yakin MahPut Omar tidak pergi mengambil wang tersebut kerana dia pernah berkata dia tak mahu bayar sesen pun wangnya kepada kerajaan zalim. dan, sudah tentulah dia tidak mahu jadi pengemis. tetapi bagaimana pula dengan tuntutan perjalanan ahli parlimen Pas yang hadir ke persidangan dewan rakyat? tidakkah mereka menjadi pengemis dengan menghantar tuntutan perjalanan mereka dari rumah ke parlimen? tolong jawab MahPut..

Laman blog anak Kelantan (klik)

Pagi ini semasa merayau-rayau mencari bahan , aku terjumpa satu blog dari Kelantan. Di sini kalau siapa belum tengok gambar Datuk Najib dan Atantuya di Paris seperti yang di war-warkan oleh Anwar Ibrahim dan MahPut Omar boleh tengok sendiri dan seperti kata Nabil, "Lu pikir lah sendiri"

Blog ini menerik kerana anak-anak Kelantan sendiri ada yag pro dan ramai yang kontra dengan Pas negeri itu.

Teguran Pihak Istama terhadap Pakatan Rakyat

Akhbar hari ini menyiarkan terguran dan Sultan Johor dan Raja Muda Perak tentang masa depan melayu dan juga sikap adun Johor yang cuba menunjukkan besar kepala. atau yang lebih lembut sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi 'jaguh'.

Sikap DAP yang sentiasa biadap dan angkuh bukan perkara baru. Dua jaguh mereka seperti Lim KS dan juga Karpal pernah berlaku biadap di dalam dewan rakyat beberapa kali. Sehingga seorang aktivis melayu dari Selangor pernah menampar salah seorang daripada mereka, tetapi beliau dihukum penjara sehari, kalau tak silap seorang aktivis politik bernana Dato Ujang Bagung telah membayar denda untuk membebaskan rakannya. Peristiwa itu nampak kecil tetapi memberi impak yang besar. Kedua-dua ahli politik itu akhirnya ditolak oleh rakyat. dan mereka kalah dalam PRU berikutnya.

Sebuah parti yang megah dengan sifat bersih, pemimpin bersih dan menjulang nama Islam sebagai wadah perjuangannya masih buta hati dan masih berpeluk-peluk dengan orang yang nyata tidak suka akan bangsa melayu dan adat resam melayu. Hairan sungguh, di manakah letaknya pemikiran dan maruah mereka?

Sabtu, 21 Jun 2008

Pas macam beruk dapat bunga

"Hanya dengan 6 kerusi Pas boleh memerintah Perak" inilah kata keramat Pas setelah wakil mereka menjadi MB. Megah ,bongkak dan riak. Hari ini tiap-tiap minggu Pas buat pesta. Malam tadi di tapak pasar malam Kamunting ada lagi pesta meraikan kemengan mereka. Di fahamkan Presiden Pas hadir malam tadi. Semasa melalui Jalan Stesen aku perhatikan tak banyak pun kereta dan malam tadi jalan tersebut adalah seperti biasa. tak nampak gah. mungkin orang Pas pun sudah jemu dengan ceramah mereka. Sama lah semasa MB Perak melawat Batu Kurau. Tak ramai orang yang hadir dalam program yang diadakan di padang astaka itu. berbandingkan kalau parti UMNO yang buat program. penuh dan padat. Pas seperti biasalah. orang yang datang bukannya orang tempatan tetapi orang jauh , seawal jam 6petang sudah kelihatan kereta-kereta masuk ke pekan Kamunting.

Kalau 3 bulan lagi habislah modal mereka dan tak ada apa yang nak dicakapkan. sekarang pun dalam ucapan mereka masih lagi mengkritik kerajaan. yang peliknya mereka tak sedar yang mereka juga kerajaan yang memerintah Perak. Kalau dahulu mereka banyak mencari kesalahan kerajaan BN Perak tetapi hari ini mereka cuba mengalih pemikiran penyokong mereka dengan menghentam kerajaan Persekutuan yang tidak buat itu dan ini di Perak. seperti kritikan MB di Hotel Grand Season Jalan Pahang KL tempoh hari yang jelas mengkritik kementerian pembangunan luar bandar(PLB), kementerian pertanian dan juga kementerian pelancongan dan KDN.

Pakaran Rakyat tipu rakyat lagi

Baru melepasi 100 hari pemerintahan di Perak. Rakyat Perak sudah ditipu oleh mereka. Di Taiping kaki tangan kerajaan persekutuan yang bekerja di Wisma Persekutuan Jalan Istana, akan dikenakan bayaran letak kereta di parking di seberang jalan depan wisma. Ini satu dendam untuk kakitangan kerajaan persekutuan.

Mana janji Pas untuk menjadi kerajaan berkebajikan? Mana dia slogan "Pas untuk semua" "Islam Besih" "Sokong Islam anda selamat" mana dia???? semua nya dusta dan munafik.

Chin Peng ingin kembali ke Malaysia

Pas menuduh kerajaan BN menipu rakyat selama 50 tahun, dan Malaysia tidak selamat, huru-hara dan sebagainya(lihat menipistol Pas)

Hari ini dakwaan kotor Pas jelas meleset. dan tidak benar. Kalau betul dakwaan Pas masakan Chin Peng ingin kembali ke Malaysia. Tetapi sayang Chin Peng gagal membuktikan beliau ialah rakyat dan anak kelahiran Malaya.

Bukan saja Chin Peng ingin berbuat demikian, ramai lagi bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya yang menetap di Terowong Komunis Betong, Thailand ingin berbuat demikian, tetapi segala usaha mereka tidak kesampaian, kerana masalah taraf warganegara mereka. Aku pernah berbual dengan mereka semasa melawat terowong tersebut dahulu. Mereka sempat bertanya keadaan kampung mereka atau bandar mereka hari ini. salah seorang ialah seorang perempuan cina yang sudah melebihi 60 tahun, beliau menceritakan bagaimana dia terlibat dengan kegiatan komunis. Dia berasa sedih kerana tertipu dengan perjuangan yang sia-sia . Sewaktu itu dia masih dalam alam persekolahan. Lagi pun apa guna mereka nak balik ke Malaysia sebab kerajaan Thai telah memberi taraf penduduk tetap dan juga tanah kebun getah untuk mereka. Last-last dia tanya,,adakah aku ni polis Malaysia.

Berbalik kepada kenyataan Pas. Usaha Chin Peng itu adalah kerana ingin menghabiskan sisa-sisa usianya yang sudah 84 tahun untuk menikmati suasana aman damai di negara ini. dan dengan itu telah menepis segala tohmahan Pas terhadap sosio, budaya, ekonomi dan politik negara. Aku berharap ahli-ahli Pas di Malaysia keluarlah dan sertailah UMNO. dan biarlah Pemimpin Pas yang rata-rata nya kaki bohong tu terjun ke laut laut seperti luncai.

Jumaat, 20 Jun 2008

SAPP

teringat cerita dalam buku bacaan masa aku keciik2 dulu, songkok senget dilonjak pula. sama seperti kisah Yong TL di Sabah ni.

Mula2 megah dan menunjuk dirinya handal. apabila segala pekungnya di dedah di dada akhbar apa pula reaksinya selepas ini, dan apakah Pakatan Rakyat akan mengambil beliau dalam barisan PR. kalau diambil juga maka menunjuk sikap PR seperti buaya dalam kolam. bagi saja apa benda pun semua dingapnya. tak kira bangkai apa pun yang dihumban. janji kenyang perut.

Palanivel Selar Tun Mahathir Kerana Komen Hindraf

20 Jun, 2008 16:43 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata hari ini adalah dikesalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyedari hakikat bahawa Hindraf, gerakan aktivis tidak formal, bukan saja mewakili masyarakat Tamil tetapi termasuk bukan Tamil, malahan juga bukan Hindu.

"Beliau silap bila berkata pemimpin-pemimpin Hindraf hanya mewakili golongan perkauman Tamil," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Palanivel berkata Tun Mahathir tidak harus dengan mudah membuat kenyataan yang membangkitkan lagi sentimen dan kebencian kaum.

"Beliau mesti ingat asal usul beliau. Rakyat juga ingat bahawa PAS, PKR dan DAP semuanya bersama Hindraf semasa pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kenyataan beliau paling akhir mengenai Hindraf sebagai golongan perkauman Tamil akan hanya menjauhkan lagi undi masyarakat India dari BN kepada Pakatan".

-- LAGI

Komen: Hindraf adalah pertubuhan bawah tanah dunia dan anggota ialah semua orang hindu sedunia. Mereka juga adalah pakar-pakar IT. Nak buktinya. cuba anda guna autotext dalam sms telefon anda seperti nokia dan sony. cuba tulis hindr....secara automatik akan timbul HINRAF. tak percaya cuba.

Khamis, 19 Jun 2008

PAS sokong tindakan SAPP

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa. “Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.


Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan parti itu sudah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.


Nik Aziz berkata tindakan SAPP itu adalah “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tak biasa lagi dengan dia ni, tapi dia sudah mulai ikut 'line' (laluan) pembangkang, maknanya sudah ada titik pertemuan di antara kami dengan dia. Cukuplah tu untuk permulaan,” katanya. - Bernama Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam

Lanjusoh
Thu | Jun 19, 08 | 3:47:49 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Jun (Hrkh) - Berdasar kepada situasi politik negara yang semakin membahang sekarang kemungkinan besar kerajaan baru dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, usul tidak percaya merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang ada bagi mengelakkan negara daripada terus diterajui pemimpin mementingkan diri sendiri.

"Oleh yang demikian saya mempelawa ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS. Dengan demikian ahli-ahli parlimen Melayu tidak akan berkurang dalam kerajaan baru dengan izin Allah.

"Tindakan ini juga dapat menghapuskan kebimbangan ahli-ahli parlimen Umno sebelum ini yang khuatir terhadap bilangan ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Global Media Channel Sdn Bhd di sini.

Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee semalam mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.

Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.

Husam yang kini berada di Timur Tengah berkata, penyusunan baru kepemimpinan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekarang.

"Sikap terbuka ahli-ahli parlimen Umno perlu dengan membuktikan diri mereka sememangnya prihatin kepada kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara," katanya.

Menurutnya dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.

Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.

Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.

Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.

"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.

"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sudah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepemimpinan dan kekosongan itu perlu diisi. - m

KOMEN" Pas akan menjilat muntah BN lagi sekali. dahulu dia menjilat muntah BN apabila Tengku Razaliegh tubuhkan 46, dan kemudian makan muntah Anwar bila dia di singkir dari UMNO dan ini terbaru...Pas akan sokong semua orang yang keluar UMNO atau BN. Semasa mereka berada dalam BN mereka di kritik, tetapi bila ada yg terkeluar mereka sokong dan ajak buat regu. Ini lah polisi Pas

Rabu, 18 Jun 2008

Parti Sosialis Malaysia

Pas, Pkr dan Dap akan bertambah sahabat dalam membentuk sebuah negara Sosialis dengan wujudnya parti baru di tanah air, Tahiah Pas, maka terhapuskan cita-cita mereka untuk membentuk negara Islam. "Pas for all"

Usul Tak Percaya (klik)

Kita tunggu dan lihat Isnin depan.

Tahniah SAPP

Anwar ucap tahniah kepada SAPP
Harakahdaily
Wed | Jun 18, 08 | 5:10:56 pm MYT

Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP.

Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban.

Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil

ANWAR IBRAHIM
Kenyataan Media
18 Jun 2008. - mr_

Komen: Aku juga ucap tahniah dan salut kepada ahli-ahli yang telah meninggalkan PKR dan yang ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

Gaji CEO TNB

Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut, kata Mahfuz
Salmiyah Harun
Wed | Jun 18, 08 | 5:27:30 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau ketika dihubungi berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.

"Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.

"Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna," katanya.

Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.

"Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB," katanya.

Apa yang dikesali kata Mahfuz, pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.

Beliau berkata, sepatutnya keuntungan TNB dikongsi bersama dengan pengguna kerana penggunalah TNB mampu berdiri sebagai syarikat gergasi yang mendapat keuntungan berterusan.

Justeru katanya, pengguna sepatutnya dijadikan salah satu pemegang syer TNB dan sudah sampai masanya syarikat itu membuat kaedah untuk memberi pulangan kepada pengguna.

"Jangan hanya pandai memotong bekalan elektrik sahaja apabila pengguna lewat membayar elektrik," katanya.

Semalam, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang "kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil."

"Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri," kata Azman selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah.

Menurut sumber dianggarkan CEO TNB mendapat gaji puluhan ribu setiap bulan setaraf dengan syarikat gergasi yang lain dan jika diberi kenaikan 100 peratus gajinya akan mencecah ratusan ribu sebulan. - mns_


Komen: Sebagai CEO yang berjaya wajarlah gaji naik. Kalau Harakah 20 tahun dahulu edaran nya 10 ribu saja. dan hari ini edaran nya 100 juta. tentu lah ada sesuatu yang menarik. tentulah lembaga pengarah memuji CEO Harakah. dan kalauu gaji nya dahulu 10 ribu sebulan dan dinaikkan 20 ribu ringgit tentu lah tak banyak mana dari segi pendapatan Harakah.

Kerajaan didakwa gagal sedia ruang secukupnya pada mahasiswa

Ziera Rahman
Wed | Jun 18, 08 | 04:47:20 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Harakah) - Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM), Abdul Muntaqim Zulkipli membidas sikap sambil lewa pihak pemerintah dalam isu mempersiapkan mahasiswa sebagai generasi pemerintah Malaysia akan datang.

"Mahasiswa hari ini ialah wajah negara masa hadapan. Maka dalam usaha kita mencari acuan untuk membina dan membangunkan generasi pemimpin Malaysia kelak, tentulah menuntut perhatian bersungguh-sungguh dari segenap lapisan," katanya.

Beliau berkata, pihak mahasiswa berasa kesal kerana kerajaan kurang serius memainkan peranannya dalam menyediakan ruang kepada golongan pelajar.

"Sepatutnya pelajar dipersiapkan dengan pedagogi atau bekalan yang betul seperti penekanan dari sudut agama, akhlak, kepimpinan dan sebagainya.

"Sebaliknya, apa yang kita lihat sekarang ialah pelajar disajikan dengan hiburan dan program yang ringan," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa isu ini sebenarnya ini telah lama berlaku dan berharap agar kerajaan memperbanyakkan program seperti dialog yang menyentuh perkara semasa.

Bersempena 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, beliau menyarankan agar kerajaan Pakatan Rakyat memberi perhatian serius terhadap pembangunan pelajar menerusi 13 tuntutan pelajar yang telah dibentangkan sebelum pilihan raya.

"Itu yang perlu diselesaikan dahulu kerana kita tidak mahu mahasiswa dimanjakan dengan budaya hedonisma kerana di penghujungnya akan melahirkan mahasiswa yang mati rasa jiwa," katanya.

Katanya, tidak mungkin pelajar dapat mendukung harapan masyarakat jika mereka tandus ilmu dan lesu kepimpinan. - mns_

Komen: Setuju dan sokong. Mahasiswa mestilah dibebaskan supaya boleh berpolitik dan bebas menyokong Pas. Tak perlu belajar sangat. belajar ala kadar cukuplah. yang penting bikin nama sebagai aktivis politik kampus. dan rajin buat demontrasi jalanan. soal memertabatkan universiti kita serahkan kepada mahasiswa bukan melayu. biar mereka belajar kuat-kuat , biar mereka dapat buat MA dan Phd. Kita melayu ni cukup lah belajar sikit-sikit. baik baca harakah dan dapat input terkini kalau dah tension baca majalah mangga atau apa-apa juga majalah keluaran penerbitan dari negeri kelantan. Nabil kata " Lu pikir lah sendiri"


Selasa, 17 Jun 2008

PAS dan asal usul

PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang). Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52.


Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.


Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:


1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.


2. Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.


3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.


4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.


5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.


6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.


7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.


8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.


9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.


10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.


11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.


Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata. Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar. Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.


Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan itu dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam hukum tertinggi PAS dan tidak berlawanan pula dengan dasar PAS, maka sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama ditubuhkan.


Majlis Syura Ulama berkuasa menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang tidak menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya serta membuat ketetapan mengenainya, mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS serta memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS. Majlis ini juga berkuasa melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang terdapat pada fasal 75 Perlembagaan parti.


Mengenai ahli PAS, hanya terdapat satu jenis sahaja keahlian di dalam PAS, iaitu dinamakan Ahli PAS. Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mestilah Warganegara Malaysia, beragama lslam, akil baligh menurut hukum syarak, menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS dan peraturan, arahan-arahan serta keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa.


Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh menjadi ahli PAS tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor universiti berkenaan.


Permohonan menjadi ahli PAS hendaklah dibuat melalui Setiausaha Cawangan di mana ia berkehendak masuk menjadi ahli atau jika ada sesuatu sebab yang munasabah, maka permohonan bolehlah dilakukan terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun Setiausaha Agung PAS.


Seseorang ahli PAS boleh berhenti atau diberhentikan daripada menjadi ahli apabila memohon atau mengisytiharkan diri keluar daripada PAS, dipecat atau menyertai mana-mana parti politik yang lain.





Semua ahli-ahli PAS hendaklah taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran lslam yang menjadi dasar PAS, taat dan patuh kepada Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah parti, melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh parti sedaya upaya yang boleh, menjaga dengan cermat segala rahsia-rahsia parti, mengamal akhlak lslam, mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti dan menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan lslam bagi diri di dalam negara ini.


Semua ahli PAS berhak memilih atau dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti, berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya, berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti, berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti serta berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.


Antara kewajipan-kewajipan ahli kepada parti selain daripada yang disebutkan tadi termasuklah menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa, melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus, menghadiri mana-mana kursus, tamrin, atau perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan, memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum lslam, memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada amnya semua ahli hendaklah melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.











PERANAN GOLONGAN AGAMA


DALAM SEJARAH PENUBUHAN PAS


MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).


Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.


PAS atau Persatuan lslam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada lslam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.


Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada lslam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi lslam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat lslam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.


Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara lslam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat lslam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat lslam yang tidak mahu mengikut ajaran lslam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.


Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada lslam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwal pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.


Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat lslam pada tahun-tahun berikutnya.


Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.


Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945.


Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.


Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.


PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.


Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.


MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.


Sebagai sebuah parti lslam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam atau Darul lslam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.


Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.


Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.


Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.


Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.


Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).


Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:


a. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi


b. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha


c. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota


d. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota


e. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota


f. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota


g. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.


Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau lslam, Majlis Agama lslam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.


Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan lslam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.


Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:


a. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.


b. Persatuan ulama dari Kedah.


c. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.


d. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.


e. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Prai.


f. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.


g. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Prai dan Pulau Pinang.


h. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Prai dan P.Pinang.


Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.


Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:


PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan lslam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan lslam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.


KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.


KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat lslam.


KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran lslam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:


a. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung


b. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung


c. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)


d. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)


e. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)


f. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung


g. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung


Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:


a. Tuan Haji Yahya Joned


b. Tuan Haji Uthman Talib


c. Tuan Haji Mohammad Nor


d. Tuan Haji Zabidi Ali


e. Tuan Haji Abdul Wahab


f. Tuan Haji Assaiya


g. Muhammad Mahzub


h. Tuan Haji Ahmad Nadur.


Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan lslam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.


Elemen lslam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.


Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik lslam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.


Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).


Kesedaran lslam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.