Ahad, 20 April 2014

Karpal Singh dalam kenangan

Sebagai ahli politik, peguam dan ketua keluarga, beliau telah mencorakkan satu bentuk politik tanah air. Paling menarik ialah apabila beliau menggemparkan dewan rakyat dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengamal seks songsang dan mencabar supaya Anwar meletakkan jawatan. Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri yang amat disayangi oleh Tun Mahathir ketika itu.

Karpal juga sekali lagi mengejut negara dengan meminta Anwar supaya bertaubat kerana membawa banyak masalah kepada negara.

Karpal terkenal dengan amaran keras terhadap Pas agar tidak mengadakan hudud dan jika mahu melaksanakan hudud, Pas hendaklah melangkah mayat Karpal terlebih dahulu.

Maksud Karpal ialah, Pas mestilah berlawan dan membunuh Karpal. Barulah layak untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Ternyata Pas tidak berani dan gentar terhadap Karpal. Sehingga akhir hayat Karpal, Pas tidak berani, malah ada pemimpin Pas berani berkata bahawa di dada Karpal ada bulan.

Kini Pas mungkin sudah boleh melaksanakan enakmen hudud di negeri Kelantan dengan meminda undang-undang yang ada. Dr Aziz Bari mengakui bahawa Kelantan boleh melaksanakan hudud tanpa mendapat persetujuan dewan rakyat. Cuma pindaan undang-undang perlu dibuat sedikit demi sedikit.

Ternyata Pas lebih takut kepada Karpal, Anwar dan LKS daripada takut kepada Allah. Hudud hanya mainan Pas apabila tiba musim pilihan raya sahaja. Selepas menang, pemimpin Pas sendiri berkata hudud belum sesuai dilaksanakan. Hadi Awang dan Dr Azizan telah membuktikan bahawa hudud bukan keperluan , Nizar Jamaluddin juga pernah mendedahkan bahawa Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negara Islam.

Berbalik kepada Karpal, jasa yang besar yang dilakukan beliau ialah menggagalkan hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini Anwar semakin hampir dengan hukuman, peguam profesional yang tahu akan kegiatan seks songsang Anwar sudah tiada. Siapa yang akan membantu beliau lagi? Mungkin anak Karpal akan mengambil tempat. Akan tetapi masa sudah suntuk, Anwar disahkan oleh hakim yang mensabitkan hukuman 5 tahun penjara kerana beliau hanya buat pembelaan penafian bukan pembelaan beralasan.

Jenaka yang biasa kita dengar ialah jangan bohong kepada doktor nanti dia bagi ubat yang salah, kedua jangan bohong kepada peguam, kalau salah kata salah, senang peguam nak pusing cakap. Ketiga .........dah .......lupa.......LOL.