Sabtu, 19 April 2014

Kes Liwat : Anwar hanya sembang kosong dalam mahkamah




Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, merupakan penafian semata-mata.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi menyatakan, pembelaan yang boleh dipercayai adalah bersandarkan kepada keterangan yang menjawab segala bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa boleh dipertikai.

Bagaimanapun, ujar mereka, mahkamah berpendapat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak langsung menafikan berada di tempat kejadian pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Panel itu juga menyatakan, Anwar tidak menafikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium itu pada waktu kejadian, selain tidak mempertikaikan keterangan bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat lima dan kemudian meninggalkan bangunan tersebut.

Mereka berpendirian, Anwar malah tidak menafikan telah mengarahkan Ketua Staf di ibu pejabat PKR, Ibrahim Yaacob agar menyediakan sampul surat untuk diserahkan kepada beliau dan saksi itu kemudian mengarahkan mangsa ke kondominium berkenaan.

Ujar panel itu, Anwar selaku responden juga tidak mempertikaikan bahawa mangsa yang ketika itu pembantu peribadinya telah membawa sampul berkenaan dan menyerahkan kepadanya dalam pertemuan di kondominium itu.

Sehubungan itu, panel tersebut menyatakan, panel berkenaan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Anwar hanya penafian semata-mata kerana ia tidak menyangkal pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Selain itu, mahkamah berpendapat, hakim bicara sewajarnya terfikir mengapa Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah dan adakah beliau berbuat demikian kerana enggan disoal balas.

Mahkamah berpendapat, pembelaan dari kandang tertuduh meskipun masih merupakan keterangan, ia tidak layak untuk disamakan dengan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

'Responden tiada apa untuk ditakuti jika ditanya soalan-soalan yang tidak adil kerana beliau akan dilindungi oleh mahkamah dan para peguamnya,' ujar panel itu dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Panel hakim itu menyatakan demikian ketika menggariskan alasan-alasan berhubung keputusan panel tiga hakim yang turut dianggotai oleh Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, enam tahun lalu.

NOTA LUTUT

Pembelaan Penafian dan Pembelaan beralasan

Pembelaan yang dibuat oleh Anwar hanya semata-mata menafikan sahaja tuduhan tetapi tidak memberi tahu alasan dan sebab mengapa dia menafikan.

Contohnya seperti Anwar menafikan yang dia tidak berada di kondo dan dia ketika itu berada ditempat lain bersama sipolan-sipolan tetapi Anwar tidak pun membawa si polan si polan ke mahkamah untuk memberi keterangan. Ini bermakna pembelaan penafian semata-mata.

Jika Anwar berjaya membawa saksi dan memberi keterangan baru lah dikategorikan sebagai pembelaan beralasan, Anwar hanya berhujah kosong tanpa saksi dan tanpa bukti.

Dalam ceramah boleh lah Anwar kelentong rakyat. begitu juga Saifuddin Nassaion....kelentong macam-macam tetapi dalam mahkamah tak berani bawa bukti tetapi menyalahkan pihak mahkamah konon tak panggil saksi...sepatutnya Anwar bawa sahaja semasa membuat pembelaan..