Khamis, 18 September 2014

Proton PCC baru -Siri 1

Hari ini Taipingmali diberi ruang dan peluang untuk melihat dan merasi kereta keluaran terbaru daripada Proton yang akan berada dipasaran sedikit masa lagi.

Walaupun nama rasmi model tersebut belum diumumkan lagi, namun dengan pendedahan imej luaran telah di dedahkan kepada umum minggu lepas, dimana pengerusi proton sendiri memandu nya di Kuala Lumpur.
Dari pandangan luaran ia kelihatan seperti kereta yang lain dalam segment B, namun apabila di bongkar secara dekat, nyata keluaran proton kali ini bukan lah calang-calang atau pembuatan cincai-bocai. Kekemasan dalamnya cukup membanggakan. Material plastik bukan lagi daripada plastik murah sepertimana yang sering dimomokkan terhadap Proton.

Keluaran terbaru ini memfokuskan kepada unsur-unsur futuristic dengan pelbagai teknologi moden untuk memenuhi syarat dan pencapaian tahap piawai 5 Bintang oleh NCAP.

Menakjubkan ialah rangkanya menggunakan teknologi tercanggih. Menggunakan besi yang dipanaskan sehingga 900 celcius dan kemudiannya di mampatkan menggunakan pemampat sejuk dan menghasilkan kerangka yang tahan lasak. Ia sama seperti pembuatan keris dan parang yang mana besi panas direndamkan ke dalam air sejuk.

Selain itu reka bentuk tayar juga cukup teliti, tayar belakang dilebarkan ruangnya dan sedikit pun tidak mencuri ruang penumpang belakang,  oleh itu ruang besar boleh memuatkan 3 penumpang dengan selesa. Saiz tayar juga mengejutkan, untuk version 1.6 liter tayarnya ialah 195/ 55/ 15 dan boleh tingkatkan kepada 205/40/17 tanpa sebarang masalah.   Arch tayar belakang juga lebar dan kelihatan cukup menawan.

Selain daripada memiliki 6 beg udara,  kereta ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat. Kesemua kerusi penumpang hadapan dan belakang mempunyai sensor pemasangan tali keledar.  Indicator akan menyala dan berbunyi jika salah seorang penumpang belakang tidak memasangnya.

Yang lain yang  cukup istimewa ialah sun visor di tempat duduk hadapan boleh dipanjangkan jika diletakkan ke sebelah sisi penumpang atau pemandu.

Seperkara lagi ialah sensor bukit,  kita biasanya menghadapi masalah jika berhenti di lampu isyarat yang sudut curam tinggi di hadapan, dengan adanya sensor bukit kita tidak menghadapi masalah menarik hand brake, ini kerana sensor ini melakukan tugasnya untuk mengelakkan kereta mengundur ke belakang.

Kereta canggih ini juga dikawal oleh 1+9 komputer.  Oleh itu kepada bakal pemilik kereta ini dinasihatkan tidak menambah aksesori kerana ia boleh mengganggu setting komputer tersebut. Gunalah sebagaimana yang sedia ada.

Selain memiliki penyambung USB untuk media ia juga dilengkapi dengan 2 unit USB 1.5 A dan 2.1A yang mampu mengecas tablets dan smartphone.

Bersambung ke siri kedua esok.