Ahad, 26 Julai 2015

APABILA PENIPU KENA TIPU OLEH BAPA PENIPU.....



The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Berdasarkan pengakuan pemilik kumpulan itu Datuk Tong Kooi Ong bahawa mereka telah memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan bukti, katanya: “Rakyat Malaysia tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh The Edge pada nilai lahirnya.”

“Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo, saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.

“Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk memperolehnya.

Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri,” katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata adalah memalukan apabila The Edge tidak muncul ‘bersih’ dari awal lagi dan ‘cuba menutup perbuatan mereka’ selepas Justo mendedahkan maklumat mengejutkan dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times dari Singapura.

“The Edge berkata dokumen-dokumen curi itu tidak dipinda sama sekali tetapi pakar forensik komputer antarabangsa serta pihak berkuasa Thailand menyatakan sebaliknya.

“Mereka mengembar-gemburkan laporan ini untuk beberapa bulan untuk tujuan politik manakala berharap tiada siapa akan mengetahui siapa itu sebenarnya Justo,” katanya.

Abdul Rahman berkata penerbit akhbar Financial Daily itu telah mendakwa menerbitkan maklumat yang diragui dan dicuri merupakan perkara yang paling terhormat untuk dilakukan.

“Jangan cuba untuk mencari jalan keluar dengan mendakwa sebagai tindakan yang mulia, Mr Ho (Kay Tat) dan Mr Tong,” katanya.

Terdahulu, Tong dalam kenyataan hari ini mengakui memperdayakan Justo berhubung bayaran kepadanya untuk memperoleh dokumen 1MDB yang didakwa dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas majikannya.

Bagaimanapun, Tong berlaia itu sahaja cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia membabitkan jumlah wang US$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

Selasa, 14 Julai 2015

Malaysia Melonjak Ke Ranking Ke-6 Indeks Destinasi Paling Menarik Pelabur Asing Global

Malaysia melonjak lima tangga dari ranking ke-11 pada tahun 2014, untuk berada pada kedudukan keenam mengikut Indeks Keberuntungan Asas (BPI) tahun ini.

BPI merupakan kedudukan destinasi paling menarik untuk pelabur asing, dikeluarkan oleh Foreign Policy Magazine.

Antara negara-negara ASEAN, hanya Malaysia dan Singapura berada di kedudukan 10 teratas, manakala Indonesia berada di tangga ke-12, Vietnam (23), Filipina (30) dan Thailand di ranking ke-38.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata kedudukan yang merangkumi 110 buah negara di enam benua, mengesahkan semula bahawa Malaysia merupakan pusat keuntungan yang menarik dalam rantau ini untuk para pelabur.

“Indeks itu memberi petunjuk yang jelas bahawa Malaysia menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, menjadikannya tempat menarik bagi tujuan pelaburan.

“Ranking ini bukan hanya berdasarkan keadaan sebelum ini namun ia juga berasaskan kepada jangkaan tentang keadaan semasa bagi tempoh lima tahun akan datang,” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud, berkata pengesahan berkenaan melenyapkan salah anggapan yang berlarutan serta membuktikan asas ekonomi negara yang semakin meningkat serta dasar pragmatik, proaktif dan berhemat kerajaan untuk menyusun semula dan mempelbagaikan ekonomi.

“Kedudukan itu mencerminkan kemajuan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam dan kecekapan jentera kerajaan keseluruhannya,” kata beliau.

BPI menggunakan pendekatan holistik berasaskan lapan faktor yang akan mempengaruhi kejayaan besar dalam pelaburan asing.

Faktor tersebut meliputi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan, jaminan fizikal, rasuah, pengambil alihan oleh kerajaan, eksploitasi oleh rakan kongsi tempatan, kawalan modal dan kadar tukaran.

Ia turut menggabungkan perubahan yang dibuat Bank Dunia terhadap penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar seperti kaedah yang disemak semula untuk membandingkan taraf hidup di kesemua negara yang berkenaan.

Jumaat, 10 Julai 2015

Keluar UMNO tubuh PAS, keluar PAS tubuh DIP...TAHNIAH!!!


 Democratic Islamic Party, itulah nama untuk “wadah baharu, Islam yang lebih berakhlak” yang telah diwar-warkan oleh Mat Sabu dan G18 sebelum ini apabila tersungkur menyembah bumi pada muktamar Pas – 61 baru-baru ini.

Sumber memberitahu, G18 menggunakan platform Parti KITA, di mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan bagi memenuhi keperluan ROS. Jika diluluskan, selepas ini Parti KITA bakal dikenali sebagai Democratic Islamic Party atau singkatannya DIP.

Penulis difahamkan DIP akan dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, Presiden (Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH)) semenjak tahun 2005 hingga kini. Muhammad Sabu pula bakal menjawat jawatan Timbalan Presiden, Democratic Islamic Party.



Untuk lain-lain senarai jawatan kuasa, penulis menjangka kan ia bakal diisi oleh G18 termasuklah Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar, kecuali mereka berdua bertindak untuk menerima tawaran untuk menganggotai jawatan kuasa PAS Pusat.

Sumber yang sama juga mengesahkan, DIP sedang berusaha untuk memujuk seorang agamawan “marhaein” di sebelah utara semenanjung untuk menyertai mereka. Manakala Phahrolrazi akan terus memimpin PASMA, sebagai strategi untuk bergerak dengan platform parti politik dan badan bukan kerajaan.

Melalui sumber lain pula, benarkah dakwaan bahawa wujudnya “deal” untuk “pengambilalihan” Parti KITA oleh G18 yang melibatkan RM140 ribu selaku “minyak pelincir”?

mykmu.net

Selasa, 7 Julai 2015

PM tidak akan khianati rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.

Najib berkata, beliau berterima kasih terhadap sokongan diberikan oleh pemimpin UMNO dan juga oleh pemimpin tertinggi Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din yang menjelaskan tuduhan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di sini, Isnin.

Beliau menyeru rakyat untuk bertenang serta bersatu dalam menangkis segala tuduhan terhadap kerajaan dan pemimpin negara walaupun mereka berbeza dari segi fahaman politik.

Menurutnya untuk membina sebuah tamadun yang maju, rakyat sesebuah negara itu tidak seharusnya berpecah-belah.

Pada Ahad, Najib berkata, beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, negara maju tidak akan memperlekeh negara ini jika rakyat mempunyai kekuatan iman dan takwa yang menjadi asas untuk membangunkan sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya.

Beliau berkata untuk melahirkan generasi ulul albab, negara bukan sahaja perlukan generasi yang ada kekuatan fizikal malah juga kemampuan minda.

"Kita bukan sahaja mesti ada kekuatan secara peribadi, kekuatan yang terbit daripada keimanan dan ketakwaan mesti ada untuk melahir dan membangun sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya, barulah kita boleh setanding dengan negara yang lebih maju daripada kita hari ini," katanya.

Ahad, 5 Julai 2015

Buka mata besar besar tetapi jangan seperti mata gelama kering

1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau "lost decade" dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.

*Belajar makna SYUKUR dlahir,dbesar,ddidik,dberi,mencari rezeki & berIbadah diBumi Malaysia.

Ayuh..viralkan..
Renungkan....๐Ÿ˜”