Ahad, 7 Februari 2016

Amanat hadi: "suatu imbasan"

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku."

Inilah teks apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hadi awang yang ketika itu berusia 34 tahun.  Ucapan tersebut membawa implikasi yang besar kepada pentaksub tegar parti atas nama islam itu. Masakan tidak, mereka secara mengkhinzir buta mengkafirkan umno. Maka ada masjid yang tidak menerima imam dari dari kalangan umno maka sembahyang 2 imam terjadi. Ada penyokong pas membubarkan perkahwinan dengan orang umno. Kawasan kubur tidak boleh bercampur dengan orang umno. Malah dalam beberapa perkara, darah seagama dan seislam juga dibenarkan tumpah. Benarlah menurut seorang pemimpin dan kolumnis pas yang menyatakan bahawa pas di terengganu dan kelantan adalah berbeza dari pas kedah. Kerana di kedah mereka boleh membuang parti ke belakang dalam solat, gotong-royong dan dalam kehidupan seharian. Berbeza dengan pas di terengganu dan kelantan, mereka membawa pas dalam segenap kehidupan mereka. Maka beberapa perkara ektream berlaku oleh kerana mereka terpengaruh dengan amanat hadi.

Antara yang dikongsikan ialah :-

Kes 1(tanam isteri di tepi rumah)
* moktar ismail(58 tahun ketika pendedahan) mengaku menanam jenazah isterinya di pinggir kediaman beliau di banggol katong. Arwah isterinya azizah abdullah yang meninggal pada tahun 1990. Beliau telah menggali lubang kubur jenazah isteri beliau dalam jarak kurang 3 meter dari rumah beliau. Kubur untuk jenazah islam pula hanya suku kilometer dari rumah beliau. Tetapi oleh kerana tidak mahu berkongsi kubur dengan orang umno, beliau menyempurnakan jenazah isteri beliau di sebelah rumah. Dalam nada kesal, beliau juga mendedahkan bahawa isterinya tidak dibenarkan bergaul dengan ahli umno yang kebanyakkan adalah keluarga suami arwahyarhamah sendiri.

Kes 2( diminta cerai isteri kerana sertai umno)
* che rokeman bin musa(39 tahun ketika pendedahan) didesak oleh bapa mertuanya sendiri untuk menceraikan isteri beliau selepas beliau sertai umno pada tahun 2008. Bapa kepada 7 anak tersebut di kamoung bukit merah, padang pulut mendakwa setiap kali didesak menceraikan isteri beliau, iaterinya yang tersepit pasti akan menangis. Bagaimanapun dia bersyukur rumah tangga mereka masih kekal hingga ke saat pendedahan tersebut dibuat.
  
   Pada tanggal 18 november 1985, berlaku peristiwa memali yang mengorbankan beberapa pengikut pas dan juga beberapa anggota keselamatan. Semuanya kerana amanat hadi awang. Hadi awang menghalalkan darah termasuk umno kerana mereka mengamalkan penjajahan penjajah. Persoalannya ialah,

1) morsi ketika memerintah mesir masih menggunakan perlembagaan penjajah, kenapa tidak menghalalkan darah orang mesir?

2) turki ketika ini diperintah oleh erdogan masih menggunakan undang-undang penjajah. Apakah halal darah mereka ditumpahkan?

3) indonesia yang mempunyai bilangan umat islam di dunia masih berpegang kepada panca sila, apakah halal darah mereka?

  Untuk lebih jelas, saya mengingatkan anda semua pada tarikh 18 januari 2003
, hadi awang menyampaikan amanat perdana pemangku presiden "pilihan raya ke-11: formula kemenangan". Ucapan sepanjang 13 muka surat tersebut disampaikan oleh hadi awang sebagai pemangku presiden selepas presiden pas arwahyarham datuk fadhil nor meninggal dunia pada 23 jun 2002 akibat sakit jantung. Apa yang diucapkan oleh hadi awang? Ucapan beliau ketika itu adalah juga mb terengganu selepas bergabung dengan dap dan anwar ibrahim.
Di muka surat ke-10 ucapan beliau......

"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Nampaknya pada tahun 1981 perlembagaan negara adalah perlembagaan penjajah dan kafir....tiba-tiba pada tahun 2003 ianya sudah 18 januari 2003 perlembagaan itu sudah islam. Semudah itu. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam. Seterusnya penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda. Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam sudah diganti negara kebajikan.

  Di akhir perenggan sebenarnya saya berhasrat untuk melamoirkan fakta dan nama beberapa pemimpin lagenda pas yang menyerang beberap mufti kerana mufti-mufti menentang amanat hadi. Tetapi oleh kerana ada beberapa orang di kalangan mereka telah meninggal dunia dan ada juga sudah memihak kepada parti amanah, maka saya tidak menukilkan perkara tersebut. Atas dasar saya menghormati mereka yang telah meninggal dunia.
-osman jalani-