Ahad, 7 Februari 2016

BERI RUANG UNTUK HAIWAN BERGERAK BEBAS

Sedih dengan kematian seekor harimau yang cuba melintas lebuh raya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 baru baru ini harus membuka mata semua pihak. 

Sudah banyak kejadian haiwan eksotik yang mati dilanggar sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan biasa seluruh negara.  Antara haiwan yang pernah dilaporkan dalam media ialah harimau  akar, harimau dahan, tapir dan paling kerap ialah babi hutan.

Oleh itu pihak yang bertanggung jawab terutama Lembaga Lebuh Raya Malaysia perlulah mengikut contoh negara-negara lain yang membina laluan untuk haiwan menyeberang yang dikenali sebagai eco bridge.