Selasa, 29 November 2016

Mahathir Ada ‘Super Ego’ Yang Kuat, Sentiasa Mahu Menang

PUTRAJAYA, 29 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memahami  bekas pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempunyai `super' ego yang kuat dan sentiasa mahu menang.

Bagaimanapun, Najib berkata, beliau mempunyai kaedah dan cara untuk mendepani Dr. Mahathir serta serangan dilakukan ke atasnya, dalam usaha untuk menumbangkan beliau.

mahathir-saman-najib-1024x686 "Saya merasa serasi dengan sokongan dalam parti, maknanya apa yang cuba dibuat untuk tumbangkan saya dalam parti tak berjaya," kata Najib dalam temubual khas bersama Perdana Menteri dalam rancangan Soal Jawab sempena #PAU2016 yang disiarkan oleh TV3, Isnin malam.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai serangan demi serangan yang dilakukan oleh pembangkang, namun beliau sentiasa tenang dalam berdepan dengan serangan itu.

Menurut Najib, semua itu adalah mainan politik termasuk usaha mendapatkan tandatangan menerusi deklarasi rakyat serta mempersembahkan kepada Majlis Raja-raja, namun gagal.

Pada 21 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilaporkan telah menjelaskan kepada Dr. Mahathir bahawa deklarasi pembangkang yang dibuat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Melihat kepada keadaan itu, Najib berkata, pilihan yang ada bagi pembangkang ialah menyerang beliau kerana untuk menumbangkan sebuah parti, mereka perlu menyerang presidennya.

Najib turut ditanya mengenai penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Menurut Perdana Menteri, kesannya tidak sehebat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari UMNO dan menubuhkan PKR.

"Kalau kita kaji fenomena PKR ditubuhkan, Anwar keluar UMNO, gelombang itu lebih, daripada hari ini, kesan tidak sama, tapi di mana bahagian Parlimen ada orang tidak puas hati dan mereka kumpul orang seperti ini untuk menentang parti kita.

"Itu saya sedar tetapi `never underestimate your opponent'. Ini mesti ada dalam sikap UMNO. Bukan takut tetapi kita mesti lakukan apa yang patut kita lakukan untuk kekalkan kekuasaan yang ada," katanya



Sent from Samsung tablet.