Ahad, 27 November 2016

Tunku Abdul Rahman Utamakan Perpaduan Kaum, Kata Tengku Razaleigh

Perpaduan kaum merupakan asas utama yang mendasari perjuangan dan pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atas dasar itu juga, katanya ketika negara mahu menuntut kemerdekaan daripada penjajah British, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu presiden UMNO telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan MIC kerana percaya hanya melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.

Beliau berkata inisiatif beliau dalam mewujudkan parti gabungan iaitu Parti Perikatan yang menggunakan lambang 'Kapal Layar' pada masa itu telah Berjaya menyatukan kaum-kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

"Tunku Abdul Rahman menegaskan kemerdekaan negara akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India," katanya semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga bekas naib presiden UMNO berkata gabungan itu kemudiannya menjadi sebuah badan dominan yang memperjuangkan kemerdekaan sehingga negara memperolehi kebebasan mutlak pada 31 Ogos 1957.

"Parti Perikatan ini kemudian bertukar kepada Barisan Nasional (BN) yang merupakan sebuah gabungan parti politik yang menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini," katanya.

Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri Malaysia dari 31 Ogos 1957 hingga 22 Sept 1970. Beliau meninggal dunia pada 6 Dis 1990 pada usia 87 tahun.

Syarahan mengenai al marhum Tunku Abdul Rahman yang merupakan Bapa Kemerdekaan negara dianjurkan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) dengan kerjasama USM, Think City dan Arkib Negara Malaysia bersempena forum 'Visi Tunku Abdul Rahman Terhadap Perpaduan dan Kemakmuran Negara' yang berlangsung di Dewan Utama Pelajar USM.

Panel forum terdiri daripada Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang; Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saifulruddin Wan Jan dan kolumnis akhbar The Sun R.Nadeswaran. Ia dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM Mohamad Abdullah.

Ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan syarahan itu, Tengku Razaleigh berkata sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu berikutan ramai dalam kalangan generasi muda tidak tahu tentang peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah negara.

Ditanya adakah kerajaan perlu menubuhkan sebuah institut khusus tentang Tunku Abdul Rahman, beliau berkata kera




Sent from Samsung tablet.