Ahad, 8 Januari 2017

Eksport Malaysia Melonjak Secara Mengejut Sebanyak 7.8% Pada November


1. Eksport tahunan di Malaysia melonjak 7.8% pada November, pertumbuhan eksport bulanan tertinggi dicatatkan pada 2016.

2. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata pendapatan RM72.83 bilion disokong oleh permintaan kukuh daripada pasaran utama terutamanya dari Asean, China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat, Hong Kong dan India.

3. Jumlah Import berkembang sebanyak 11.2%. Jumlah perdagangan meningkat 9.3% kepada RM136.63 bilion, manakala lebihan dagangan sebanyak RM9.03 bilion. Pada November, eksport ke China mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12%, manakala eksport ke AS meningkat semula sebanyak 9.9%.

4. Jumlah perdagangan bagi tempoh 11 bulan pertama 2016 meningkat sebanyak 0.5% kepada RM1.342 trilion, berbanding dengan RM1.335 trilion pada tempoh yang sama pada tahun 2015.

5. Dalam tempoh tersebut, eksport adalah lebih tinggi sebanyak 0.2% pada RM710.38 bilion, manakala import meningkat sebanyak 1% kepada RM631.83 bilion, dengan lebihan dagangan yang berada pada paras RM78.55 bilion.

6. Eksport barangan perkilangan dan pertanian meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2016. Bagaimanapun, eksport barangan perlombongan, merosot.




Sent from Samsung tablet.