Jumaat, 6 Januari 2017

RAKYAT TERTEKAN: NEGERI BERKEBAJIKAN GAGAL URUS SAMPAH

Zamzuri Mohamed Tahir:

Kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, YB Ean Yong Hian Wah bahawa kontraktor mensabotaj kutipan sampah di beberapa kawasan dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merupakan suatu kenyataan ulang tayang Menteri Besar Selangor bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mensabotaj sumber air sungai yang menyebabkan sungai-sungai tercemar.

Kontraktor kutipan sampah yang didakwa mensabotaj jadual kutipan sampah seminggu sebelum tarikh tamat kontrak pada 31 Disember 2016 yang lalu wajar dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan negeri, jika benar dakwaan Hian Wah. Sehingga kini setelah dua minggu masa berlalu, tiada tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dan/atau Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Persoalan samada benar atau tidak dakwaan exco berkenaan sudah tidak penting bagi rakyat Selangor memandangkan isu sampah merupakan isu yang tidak pernah selesai dan meliputi seluruh kawasan PBT di Selangor.

Seorang mahasiswa tempatan yang menyewa di sebuah pangsapuri di Kajang yang ditemui Admin sebentar tadi menyatakan bahawa beliau tidak pelik jika kerajaan negeri gagal menguruskan sampah dan sisa pepejal di kawasannya memandangkan sejak 2012 lagi isu ini sudah dipaparkan oleh media massa.

"Sehingga kini, saya tidak nampak isu ini akan selesai dan ia akan terus menghantui kami dengan pelbagai bau busuk dan penyakit bawaan vektor," ujar Ahmad Faisal bin Mohd Khan bagi mengakhiri perbualan kami.
https://www.facebook.com/GegarRakyat/photos/a.1463698163864581.1073741826.1463273717240359/1900657206835339/?type=3&theater



Sent from Samsung tablet.