Khamis, 16 Mac 2017

Kuota haji ditambah

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang.

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, tambahan tersebut susulan perbincangan semasa lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Lawatan tersebut juga katanya membuktikan kredibiliti kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat perhatian Arab Saudi di mana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati dalam rangka  kerja baginda ke Asia.