Jumaat, 21 April 2017

Anas VS Muhyiddin

*KENYATAAN MEDIA*

Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yasin selaku Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di luar lobi bangunan Parlimen (sebagai menjawab soalan wartawan terhadap sidang media saya pada 4 April 2017) yang merujuk kepada saya MOHD ANAS BIN SUDIN (disebut sebagai ANAS dalam kenyataan tersebut) di mana saya adalah individu yang dimaksudkan dalam kenyataan tersebut dan nama saya telah disebut secara nyata dan jelas di mana ianya telah tular (viral) di media2 sosial. 

Di dalam kenyataan tersebut TS Muhyiddin telah menuduh saya (ANAS) sebagai seorang ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) di mana tuduhan berat terhadap saya dalam kenyataan tersebut adalah sama sekali TIDAK BENAR, MENGAIBKAN DAN BERNIAT JAHAT terhadap saya. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menjadi ahli PKR apatah lagi mempunyai nombor keahlian berdaftar PKR. Saya adalah Calon Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau Negeri Sembilan sejak awal ditubuhkan lagi yang mempunyai no.ahli PPBM ............. dan tidak pernah sesekali menjadi ahli PKR hatta tidak pernah menjejakkan kaki menghadiri program-program PKR. 

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan TS Muhyiddin tersebut adalah FITNAH DAN MENGAIBKAN nama saya secara peribadi, apatah lagi dikalangan ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat warga umum yang mengenali saya sehingga ada yang memanggil saya dengan gelaran kepada *LALANG* dan *TUPAI*.

Saya sesungguhnya amat terkesan dengan kenyataan TS Muhyiddin tersebut dan telah mengalami trauma dan kemurungan akibat dari tohmahan dan prasangka buruk daripada rakan-rakan parti apatah lagi masyarakat yang mengenali saya secara dekat. 

Kenyataan TS Muhyiddin tersebut secara *prima-facie* merujuk kepada saya dengan menggambarkan saya sebagai seorang pengkhianat dalam parti dan telah meletakkan saya sebagai seorang yang tiada jatidiri, integriti dan akauntabiliti dalam Parti Pribumi (PPBM) dan suka mengambil kesempatan dengan melompat ke parti lain walaupun hakikatnya fakta daripada kenyataan TS Muhyiddin tersebut adalah TIDAK BENAR dan FITNAH sama sekali.  

Jesteru dalam sidang media hari ini saya menuntut TS Muhyiddin untuk menarik balik kenyataan tersebut, segera memohon maaf kepada saya secara bertulis samaada siaran media umum atau bercetak dalam tempoh *TUJUH (7) HARI* daripada tarikh sidang media ini dibuat. 

Sekiranya TS Muhyiddin masih gagal, abai dan cuai dalam berbuat demikian, pihak saya dengan tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TS Muhyiddin atas alasan memfitnah tanpa sebarang maklumbalas lagi dimana segala kos guaman dan kos-kos mahkamah akan ditanggung oleh pihak beliau. 

Saya dengan ini menuntut TS Muhyiddin membuat permohonan maaf tersebut dengan kadar segera atau memberikan bukti bahawa saya adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan jika sekiranya beliau gagal berbuat demikian saya akan mengarahkan peguam saya menghantar notis tuntutan kepada beliau. 

Sekian, terima kasih.

*MOHD ANAS BIN SUDIN*
Calon Ketua Penaja 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau
NS.

Merangkap Ketua Sukarelawan PPBM NS. 

Bertarikh pada 20 April 2017.