Khamis, 16 November 2017

Awas! Harga Barangan Keperluan Harian Akan Naik.



Semakin hampir dengan PRU 14 semakin rancak propaganda pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini.

Dengan kenaikan harga petrol beberapa sen untuk 3 minggu berturut-turut menjadi pemangkin atau tiket loteri kepada pembangkang .

Masih teringat lagi sewaktu hampir kepada PRU 12, harga minyak naik dan akibatnya BN hilang 5 negeri (4+1). Kini 13 tahun berlaku harga petroleum dunia adakalanya naik kemudian jatuh dan naik balik, zig zag macam arus elektrik AC.

Sejak KPDNKK menetapkan harga petrol berdasarkan kiraan minggu bermula Khamis, apa yang kita lihat ia tidak memberikan kesan kenaikan harga barang seperti sebelum ini. Begitu juga harga makanan masih tetap sama .

Itu bab minyak petrol , cuba kita tengok pula kepada GST.

GST yang mula dilaksanakan mulai April 2015 masih lagi menjadi topik perbahasan di dewan rakyat minggu lepas dan minggu ini semasa membahaskan bajet 2018.

Pembangkang masih tak berpuas hati dengan caj 6% yang dikenakan kepada pengguna. Padahal caj 6% adalah lebih rendah daripada cukai SST di antara 10 hingga 16 peratus. Alasan yang pembangkang sebut dalam dewan rakyat ialah ramai peniaga gulung tikar akibat GST 6%. Sebenarnya peniaga gulung tikar bukan kerana GST tetapi kerana faktor usia peniaga yang semakin tua dan faktor kesihatan yang tidak membenarkan mereka berniaga. 

Pernah seorang Apek peniaga kedai barang runcit bercerita bahawa pelanggan dia terdiri daripada warga emas yang setia sejak muda, orang muda sekarang lebih gemar membeli belah di pasar raya. Hari ini anak anak semua sudah besar dan kerja bagus-bagus tak ada seorang pun yang mahu membantu atau mengambil alih perniagaan runcitnya dan beliau menyatakan akan menutup perniagaannya, kini kedai bertutup rapat, usang dan sepi. 

Ada juga kedai runcit yang sengaja tutup kerana tak mahu melaksanakan GST tetapi tidak kepada seorang sahabat Cina yang sebaya masih meneruskan kedai runcitnya dengan melaksanakan sistem GST mengikut kehendak percukaian. 

GST negara kita tak sama dengan negara lain. barang-barang keperluan dapur seperti sayur, ikan, bahan mentah lain tak ada GST atau dikenali sebagai Zero GST.  Sebab itu kata menteri KPDNKK dan DS Ahmad Maslan kata purata GST negara kita hanyalah 3% kerana barang dapur dikecualikan.

Oleh yang demikian peniaga dan orang tengah mengambil kesempatan untuk manipulasikan harga ikan, daging dan keperluan lain.

Walaupun kementerian pertanian dan asas tani pun telah berusaha untuk menghapuskan monopoli orang tengah. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. 

Berjaya kerana mendapat kerjasama rakyat , gagal kerana rakyat banyak berhutang dengan orang tengah untuk memulakan tugas atau projek. 

Bila sebut nelayan kita bayangkan kehidupan mereka yang susah, sentiasa mengharapkan subsidi minyak, bantuan pukat dan sebagainya. Sama kes dengan penanam padi, jika dahulu sepanjang waktu  membajak, menanam dan menuai, segala keperluan rumah dan sawah berhutang dengan orang tengah atau peniaga. Bila sampai masa menuai orang tengah datang hulur khidmat tuaian dengan jentera dan potong hutang. Bila jadi begini nak salahkan Barisan Nasional. BN barang naik konon. Kepala bapa depa.

Nelayan pula sebelum ke laut ambil bekalan makanan, minyak , ais dari orang tengah, jadi bila balik ke darat semua hasil laut diserahkan kepada orang tengah dan selepas ditolak segala modal dapat lah cukup-cukup makan untuk sehari dua. Nelayan cina pula yang kita tengok mampu meraih pendapatan 200 ribu ringgit sebulan, mampu pakai MPV 3.0 liter dan kereta Daimler atau BMW.

Hari INI kita diberikan amaran bahawa akan berlaku kenaikan sayur-sayuran, dan hasil lauit dengan alasan Musim Tengkujuh. Bukan itu saja ia akan melarat kepada kenaikan harga barang bukan kawalan. 

Sejak dahulu lagi kenaikan harga barang adalah kerja kartel yang menguasai rantaian pengedaran  barangan, mereka lah yang mengarahkan kenaikan barang keperluan dan jika ada yang enggan mematuhi kehendak kartel maka mereka akan menerima habuan dan pengajaran daripada mereka yang bertitlle kartel.

Untuk info seterusnya teruskan bacaan di bawah


Walaupun pergantungan Malaysia, khususnya di Semenanjung kepada makanan laut domestik agak rendah berbanding import, namun penguasaan kartel ke atas pengedaran dan pemborongan barangan makanan amat kuat.


Kartel sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk menaikkan harga agar mengurangkan pembekalan ke pasaran. Mereka boleh berbuat sesuka hati apatah lagi pihak berkuasa khususnya KPDNKK terlalu takut untuk bertindak terhadap mereka. Dalam sebarang masa, KPDNKK akan mencari-cari alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan kartel.


Kartel menguasai segala-galanya, dari pemborongan sehinggalah ke pengedaran. Mereka membeli pada harga murah, kemudian menggunakan kuasa monopoli yang membabitkan pengangkutan dan berselindung di sebalik pelbagai persatuan, untuk menetapkan harga tinggi yang tidak boleh ditolak oleh pengguna.


Pengguna di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terpaksa menggunakan khidmat yang dipaksa oleh kartel ini.


Walau bagaimanapun, sama seperti perniagaan-perniagaan kapitalis lain, kartel di Malaysia masih lagi memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka menaikkan kadar harga. S

Terbaru, beberapa kartel yang terbabit dalam industri perikanan memberi amaran, harga ikan dan hasil laut dijangka naik kerana alasan monsun dan musim tengkujuh.


Walaupun sebahagian besar hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung berasal dari Thailand dan Indonesia, manakala hasil-hasil laut Malaysia pula dihantar ke Singapura untuk dieksport ke negara-negara lain termasuklah Hong Kong, alasan monsun itu akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan.


Persatuan Nelayan Pantai Remis contohnya berkata, harga kembung akan meningkat antara RM5 dan RM10 sekilogram, manakala sardin pula akan meningkat dari RM4 kepada RM7. Koperasi Nelayan Kuala Sepetang pula berkata, kerana musim hujan, penangkapan ikan jatuh mendadak berbanding tahun-tahun lepas. Persatuan Nelayan Johor Selatan pula berkata, orang tengah atau pemborong adalah penyebab harga ikan meningkat semasa musim tengkujuh. (RUJUK SINI)


Ironinya, harga ikan dan sayur di Singapura langsung tidak terjejas dengan musim tengkujuh seperti alasan yang diberikan di Semenanjung Malaysia.


Sepatutnya pihak berkuasa mengeluarkan lebih banyak AP untuk mengimport lebih banyak hasil laut ke pasaran bagi menstabilkan harga, bukannya hanya menerima alasan-alasan yang diberikan oleh pihak kartel. Dan sepatutnya pasaran di Malaysia perlu lebih terbuka berbanding sekarang yang dikawal dan dimonopoli oleh kartel-kartel yang berselindung di sebalik nama persatuan.


Atau barangkali sudah sampai masanya pihak berkuasa didesak untuk mendedahkan kepada siapa AP dan permit diberikan?