Rabu, 15 November 2017

PPBM Lemah Punca AGM Tak Boleh Dilaksanakan




KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh dibuat selagi penyusunan struktur parti itu di peringkat cawangan dan bahagian belum selesai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Pengerusi PPBM itu berkata, tanpa penyusunan ini, tiada cara untuk menentukan siapa yang layak menghadiri mesyuarat tersebut.

"Parti boleh menunda AGM ke tarikh yang lain. Sudah pasti kita perlu patuh kepada perlembagaan parti.

"Tetapi, pada masa sama, kita perlu nilai juga struktur organisasi parti ketika ini," jelasnya.

Ditanya sekiranya PPBM tidak memiliki cukup ahli untuk mengadakan AGM, Dr Mahathir menjawab itu bukan masalahnya.

"Kami mempunyai bilangan yang ramai tetapi penyusunan organisasi di peringkat bahagian dan cawangan belum selesai," katanya.

Sebelum ini, lapan bahagian PPBM Johor membuat laporan kepada RoS berhubung beberapa isu termasuk kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan AGM selepas setahun ditubuhkan.