Ahad, 24 Disember 2017

Apakah cerita Pas Selangor ini benar?

Kisah Adun PAS nak lompat parti bukanlah cerita dongeng, tapi ini kisah benar, riwayatnya sahih.

Yang pasti, 6 orang telah pergi mengadap Pakchik Hashim Jasin untuk meluahkan perasaan mereka, bahawa semua calon PAS akan kalah kalau bertanding sendiri... Nak tak nak, untuk meneruskan survival politik mereka, tidak ada pilihan selain masuk parti lain.... Mereka tak boleh hidup dengan PAS lagi.

Harapan mereka agar Pakchik Hashim dapat menyampaikan suara hati mereka Adun PAS Selangor kepada Pakchik Hadi, Presiden PAS.

Enam Adun yang hampir pasti akan keluar PAS ialah Iskandar Samad (Chempaka), Khairudin Othman (Paya Jaras), Dr Shafie Ngah (Bangi), Dr Halimah Ali (Selat Kelang), Hasbullah Ridzwan (Gombak Setia) dan Dr Rani Osman (Meru).

Tiga daripadanya dikhabarkan lebih berminat nak masuk Amanah, iaitu Dr Rani, Dr Halimah dan Khairuddin; manakala tiga lagi akan masuk PKR, iaitu Hasbullah, Dr Shafie dan iskandar...... Walau bagaimana pun, kesemua enam-enam itu telah dikepung oleh Azmin, untuk ditebuk hidungnya biar senang nak cucuk tali yang akan diikat mati.

Dalam setiap tindakan politik mesti ada pro and contra..... Dari satu segi, memang kita suka kerana tindakan itu akan lebih melemahkan PAS dan mempercepatkan proses PAS berkubur.

Tetapi dari segi lain, kemasukan mereka ke dalam Amanah atau PKR hanya semata-mata untuk menyelamatkan karier politiknya sendiri, kerana sayangkan kerusi yang disandang sekarang, tindakan itu dilihat tidak menguntungkan PH pun bahkan boleh mengundang masalah pula..... Kalau betul nak berpolitik sebab nak berbakti kepada rakyat, kenapa pilih waktu kecederaan...? Ketika pemimpin-pemimpin Amanah yang ada sekarang dihina, difitnah, dikeji, dicaci, dipersendakan selama ini, kamu di mana...? Ketika orang lain bertungkus-lumus hendak menghidupkan parti baru setelah diusir oleh geng lebai parti PAS, kamu sedang buat apa masa tu...?

🎵hina sangat kah aku pada pandangan lebai mu....
hingga sewenang tohmahan dilemparkan....    
engkau hanya bisu melihat aku....
yang bermatian seorang menepis hinaan....🎵

Sudahlah, bai.... Kalau kamu ikhlas nak keluar PAS dan mahu membantu PH menentang BN, dipersilakan.... Tapi kalau semata-mata sebab takut kalah kalau bertanding atas tiket PAS, setakat nak cari parti yang kamu rasa ada peluang boleh jadi wakil rakyat lagi..... simpan saja lah niat suci mu itu.

*Neesa Neesa*