Jumaat, 20 April 2018

Jangan Biar Mahathir 'Sengat' Untuk Kali Kedua



Kalau sebelum ini Tun Mahathir merendah-rendahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menggelarnya sebagai 'ustaz kampung', kali ini ia dibalas dengan lebih padu oleh Presiden PAS itu.

Menurut Hadi, segala kerosakan dan krisis yang berlaku pada hari ini adalah angkara Mahathir. Ujarnya, masalah dan kerosakan tidak akan berlarutan hingga sekarang sekiranya Mahathir seorang yang bijak mentadbir negara. Ada betulnya kata Hadi.

Mahathir sibuk jaja mengenai keburukan kerajaan sekarang, padahal dia-lah pemimpin 'maha zalim'. Siapa yang tak ingat mengenai kerugian akibat skandal Forex, Maminco, Perwaja. Malah MAS dan Proton hampir lingkup.

Tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa (termasuk 4 anggota polis) juga berlaku pada zaman Mahathir. Itu belum lagi akta-akta zalim yang disalahguna, sehingga ramai ditahan di bawah ISA. Mahathir sehingga kini enggan mengaku salah atas semua yang berlaku itu. Betullah kata Hadi, jangan biar kepala yang sama menyengat sekali lagi. Maksudnya apa? Pilih Mahathir bermakna rakyat bersedia 'disengat' lagi. Jadi, jangan salah pilih!

#TolakTunM
#TolakPakatanPRU14